Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datin Seri Chew Mei Fun menegaskan bahawa beliau bukanlah sekadar calon payung terjun diletakkan pucuk pimpinan BN di kerusi parlimen itu.
Namun ujarnya, beliau cukup sinomin dengan permasalahan sekali gus mempunyai hubungan rapat dengan penduduk di Raub sejak dahulu lagi.
"Pada 1992, saya telah turun padang untuk melakukan aktiviti bersama komuniti di Sungai Ruan, Raub. Selepas itu pada 1994 hingga 1995, saya dilantik sebagai setiausaha sulit Ahli Parlimen pada waktu itu iaitu Datuk Teng Kek Guan.
"Kerjaya politik saya bermula dari Raub oleh itu pucuk pimpinan BN menghantar saya ke Raub kali ini,” katanya kepada Astro Awani.
Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA berkata keputusan meletakkan calon sepertinya bukanlah tradisi Barisan Nasional (BN).
Jelas Mei Fun beliau juga yakin MCA mempunyai peluang cerah menawan semula Raub selepas kekalahan kepada Arif Sabri Abdul Aziz @ Sakmongkol 47 yang tidak bertanding mempertahankan kerusinya akibat masalah kesihatan.
Sebaliknya, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Tengku Zulpuri Raja Puji, akan mengambil alih tanggungjawab tersebut.
Pada PRU13, DAP menang kerusi Parlimen Raub buat pertama kali dengan majoriti 2,814 undi.
Menurut Mei Fun, beliau yakin bahawa masyarakat di Raub sedar akan kesilapan dilakukan mereka yang memilih wakil rakyat yang tidak pernah turun padang.
"Pada pilihan raya lalu MCA kalah kerana isu dalaman. Kami mengubah calon pada saat-saat akhir dan ia menyebabkan rasa tidak puas hati ramai pihak. Tetapi kali ini kami lebih bersedia. Saya sudah turun padang sejak tiga tahun lalu bagi memastikan kemenangan BN kali ini.
"Lebih meyakinkan kali ini adalah sokongan tidak berbelah bahagi parti komponen yang sentiasa membantu. Kali ini, BN lebih kuat dari sebelumnya,” katanya.
Mengakui bukan mudah untuk merampas kembali Raub, Mei Fun berkata peluang BN berada di paras 50-50 dan apa sahaja bakal berlaku pada waktu itu.
Sementara itu PAS membariskan Dr Mohamad Nilam Abdul Manap sebagai calon bagi mencabar Mei Fun dan Tengku Zulpuri.
Dr Mohamad Nilam merupakan seorang doktor gigi yang berasal dari Dong, Raub.
Nuradilla Noorazam
Sat May 05 2018

Beliau cukup sinomin dengan permasalahan sekali gus mempunyai hubungan rapat dengan penduduk di Raub sejak dahulu lagi.

Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang dinaikkan 25 peratus berkuat kuasa 2026 - PM Anwar
Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) dinaikkan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa mulai 2026.

KSN buat lawatan mengejut ke UTC Kuantan
Lawatan mengejut itu memberi gambaran jelas mengenai apsek yang perlu ditambah baik di UTC Kuantan, kata Shamsul Azri.
Shafie sahkan Warisan bertanding solo semasa PRN
Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti pimpinannya setakat ini memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah secara solo.

Hamas seru rundingan segera fasa kedua gencatan senjata
Hamas sokong cadangan Mesir untuk pembinaan semula Gaza termasuk gesaan pembentukan kerajaan peralihan untuk mentadbir wilayah tersebut.
Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Tidak hormat Ramadan, Israel sasar masjid di Tebing Barat di mana penduduk Palestin mengutuk tindakan tentera Israel membakar sebuah masjid bersejarah di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki ketika melakukan serbuan pada Sabtu.
12 cedera dalam insiden tembakan dekat sebuah pub di Toronto
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam insiden tembakan dekat sebuah pub di Toronto pada Jumaat malam.
11 terbunuh dalam serangan Rusia di Timur Ukraine
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 30 lagi cedera, termasuk lima kanak-kanak, dalam serangan peluru berpandu dan dron oleh Rusia di bandar Dobropillia, Timur Ukraine.
Dua sukarelawan maut, lapan cedera di Narathiwat
Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban manakala lapan cedera dalam insiden letupan bom di Daerah Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu malam.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.