*Ini adalah artikel bersifat sindiran (sarcasm) dan isi yang dikarang hanya rekaan semata-mata...
ADA AKU KISAH?
Dengar khabar, sejak beberapa minggu lalu, kes-kes COVID-19 di sekitar Klang dan Petaling Jaya naik mendadak. Dari ratusan kes di Selangor kini sudah cecah ribuan kes.
Jadi? Apakah saya dan keluarga saya kena perapkan diri di dalam rumah sahaja? Bukan hanya saya, maksud saya semua orang, kawan-kawan, jiran, sanak-saudara, janganlah harap kami untuk duduk dalam rumah sahaja.
Saya tak kisah pun kalau frontliners kena kerja lebih masa, meninggalkan anak-anak di rumah orang kerana takut dijangkiti, terpaksa memakai sut PPE selama berjam-jam, dengar khabar ada yang rasa lemas dalam sut PPE kerana memakai lebih 12 jam semata-mata untuk berkhidmat demi mengawal penyebaran virus ini.
Saya tak kisah pun kalau pihak berkuasa seperti polis terpaksa bekerja lebih masa merisikokan diri dengan terdedah kepada virus korona; setiap hari ada sahaja kes orang meninggal dunia kerana COVID-19 dan ahli keluarga berpisah dengan pesakit sejak dikuarantin, termasuk anak kecil.
Saya tak kisah pun kalau ibu mengandung, mereka yang berpenyakit kronik, anak kecil dan orang tua mungkin antara golongan berisiko tinggi terdedah kepada pandemik ini hanya kerana saya adalah 'carrier' atau pembawa yang boleh menyebarkan virus tersebut.
Ada saya kisah?
Saya keluar rumah ikut suka hati saya, bawa anak-anak bersiar di pusat beli-belah, termasuk di kawasan zon merah. Saya biarkan anak berjalan di pasar raya ketika pergi membeli-belah tanpa memakai pelitup muka. Tak percaya, jom ikut saya ke mana-mana tempat awam, ramai yang yang se'geng' dengan saya, kami tak kisah.
Apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkali-kali beri amaran dan ingatan supaya tidak keluar rumah kecuali bila benar-benar perlu sahaja, saya cepat-cepat merancang untuk bercuti ke destinasi percutian di negeri zon hijau. Saya tak kisah walaupun saya saya dari zon merah.
Kenapa perlu saya kisah, lihat sahaja jumlah kereta di atas jalan, bukan main banyak lagi! Hari-hari sesak khususnya di jalan Lebuhraya Persekutuan. Lihat sahaja pusat beli-belah di kawasan zon merah, yang dipenuhi orang ramai termasuk si kecil. Ibu bapa pula teruja kongsi gambar anak di tempat awam dalam laman sosial tanpa rasa bersalah.
Kenapa perlu saya kisah, lihat sahaja betapa hotel-hotel di kawasan destinasi pelancongan semakin mendapat tempahan, menunjukkan sesiapa sahaja boleh berjalan-jalan tanpa mengendahkan situasi kesihatan dan amaran pihak berkuasa.
Kenapa perlu saya kisah, kalau kami dibenarkan merentas negeri dan pulang ke kampung halaman, contohnya pada musim cuti Krismas yang lepas, jam teruk di lebuh raya Utara Selatan di Ipoh.
Kenapa perlu saya kisah, kalau pelajar di luar negeri pun dibenarkan masuk dan berinteraksi sesama komuniti, saya pun mahu berjalan juga!
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Pakai pelitup muka pun ala kadar, sampaikan pelitup muka diguna semula berkali-kali atau diletak merata. Dibuang pun merata-rata.
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Sanitasi tangan hampir tidak dilakukan kecuali ada pihak berkuasa yang memerhati. Sanitasi tangan dicampur air untuk mengurangkan beban belanja termasuk di kedai dan restoran.
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Hanya dengan kehadiran pihak berkuasa, jarak satu meter diamal, itu pun selepas mereka meninggalkan premis, kami buat ikut suka. Kami peluk, kami salam, kami saling bersentuhan, suap-menyuap dan sebagainya.
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Imbas My Sejahtera? Itupun kalau ada pihak berkuasa juga, kalau tidak, saya tidak hairan pun keberadaannya. Saya keluar masuk premis ikut suka, kalau imbas pun tidak, periksa suhu, apatah lagi.
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Mencuci kaki dan tangan menggunakan sabun dan mandi selepas pulang dari luar? Tak perlu lagi kerana kami sudah hilang takut dengan Covid-19. Malah kami rasa kebal dan mustahil akan dijangkiti virus ini, jadi apa masalahnya?
Saya tak kisah!
* Nizha Periaswamy ialah penulis bebas yang pernah berkecimpung dalam dunia kewartawanan. Memilih untuk menulis dalam bentuk sindiran khususnya bagi isu semasa dan bukan penggemar politik.
* Penulisan artikel ini adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Nizha Periaswamy
Sun Jan 10 2021
Adakah benar kita akan peduli pada kepentingan orang lain, jika kesihatan dan keselamatan diri sendiri pun tidak terjaga? - Gambar hiasan
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.
Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.