Setelah berkhidmat dengan kumpulan Felda selama 35 tahun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd, Datuk Zakaria Arshad, berharap dapat meninggalkan syarikat itu secara baik.
Malangnya, perkara itu tidak berlaku berikutan pengumuman baru-baru ini oleh lembaga pengarah untuk menggantungnya daripada jawatan terbabit mulai Rabu lepas.
FGV dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia berkata, notis siasatan telah dikeluarkan kepada Zakaria berikutan selesainya siasatan dalaman kepada 10 isu kritikal yang mengakibatkan kerugian kewangan bagi FGV dan pemegang sahamnya.
Dilaporkan sehingga tujuh daripada isu ini berkaitan anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd, bersabit pembayaran dan penyerahan barang-barang yang melibatkan pelanggan yang berpangkalan di Afghanistan, Safitex Trading LLC.
Ketika dihubungi Bernama pada Jumaat, Zakaria berkata, setakat ini, beliau akan mematuhi keputusan yang dibuat pihak pengurusan.
"Saya tidak mahu melawan dan saya akan akur keputusan lembaga pengarah. Cuma apa yang saya minta adalah mereka pertimbangkan akan keputusan tersebut memandangkan tempoh kontrak saya yang bakal tamat pada Mac 2019, iaitu hanya beberapa bulan sahaja lagi," katanya.
Zakaria, yang merupakan anak kepada seorang peneroka Felda dari Felda Palong 1, Negeri Sembilan berkata, beliau tidak bercadang untuk kembali ke FGV selepas kontraknya tamat dan akan berehat daripada industri berkenaan.
Untuk rekod, Zakaria, 58, mengambil alih jawatan Presidendan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV pada 1 April 2016, daripada Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah.
Bagaimanapun, beliau digantung daripada tugas padaJun 2017 ketika kumpulan tersebut menyiasat dakwaan penyelewengan yang melibatkan urusan tertentu di Delima Oil Products dan ini adalah kali kedua dalam tempoh 15 bulan perkhidmatannya digantung.
Bagaimanapun, FGV beroperasi seperti biasa setelah ia menubuhkan jawatankuasa lembaga pengarah khas yang dianggotai Pengerusi, Datuk Azhar Abdul Hamid dan tiga lagi ahli lembaga pengarah; Datuk Dr Salmiah Ahmad, Dr Mohamed Nazeeb P Alithambi dan Datin Hoi Lai Ping
Penggantungan tugas Zakaria dilakukan selepas Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menarik balik namanya sebagai pengarah lantikan kerajaan di syarikat pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia itu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV menyatakan, pemberhentian itu berkuat kuasa sebaik syarikat berkenaan menerima surat daripada MoF Inc, pemegang saham khas FGV pada 12 September 2018, menarik balik nama Zakaria sebagai pengarah lantikan kerajaan dalam melaksanakan perlembagaan baharu FGV, yang diluluskan oleh pemegang sahamnya pada 28 Jun 2018.
"Pemberhentian itu selaras dengan Klausa 89(3) perlembagaan baharu FGV," kata makluman itu.
Apa pun, pemerhati industri kebingungan.
Mereka memahami pemberhentian Zakaria sebagai Pengarah FGV sebagai normal dan selaras dengan perlembagaan, bagaimanapun pengumuman penggantungan jawatan itu merupakan satu kejutan.
Mereka berkata, hanya pengerusi yang boleh mengulas berhubung tindakan yang diambil, bagaimanapun, Azhar tidak dapat dihubungi.
Beliau menjadi Pengerusi FGV selama setahun (daripada 8 September 2017).
Ditanya jika kedua-dua mereka mempunyai hubungan pekerjaan yang baik, Zakaria berkata: "Kami sebenarnya sangat rapat pada mulanya.
"Saya menghormati beliau, dengan pengalamannya yang luas dalam sektor korporat, yang mana saya tidak mendapat pendedahan yang banyak sepertinya, saya berharap kami akan dapat memanfaatkan kepakaran kami untuk kebaikan syarikat," katanya.
Zakaria juga tidak dapat memastikan jika penggantungannya dibuat kerana jawatan itu merupakan lantikan politik oleh kerajaan terdahulu.
"Saya tidak begitu pasti sama ada ia berkaitan pelantikan oleh kerajaan sebelum ini. Sememangnya, FGV adalah di bawah kerajaan semasa, jadi sudah tentu kita perlu mengikutnya, namun di luar, saya bukanlah individu yang aktif dalam politik.
"Saya kena reda kalau dah memang didapati bersalah," katanya.
Penganalisis perladangan dari Public Investment Bank, Chong Hoe Leong berkata, adalah lebih baik sekiranya syarikat tersebut dapat menyelesaikan perkara terbabit secepat yang mungkin.
"Namun buat masa ini, saya berpendapat keadaan itu tidak akan memberi banyak kesan ke atas operasi syarikat. Ia merupakan syarikat berkaitan kerajaan, oleh itu sebarang perubahan dalam landskap politik akan memberi sedikit kesan kepada syarikat itu sendiri.
"Sudah pasti, inilah risiko yang sentiasa disedari pasaran, yang kita akan saksikan, sementara menunggu siasatan daripada pihak pengurusan atasan," katanya.
Saham FGV merosot sejak tawaran awam awal US$3 bilion pada RM4.55 sesaham pada 2012.
Pada Jumaat, kaunter itu ditutup pada RM1.55 sesaham dengan 2.49 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 14 2018

Zakaria berkata dia juga tidak dapat memastikan jika penggantungannya dibuat kerana jawatan itu merupakan lantikan politik oleh kerajaan terdahulu. - Gambar fail
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.