BERA: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua projek pembangunan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 pada tahun lalu, khususnya yang menjaga kepentingan rakyat wajar diteruskan kerajaan sekarang menerusi Bajet 2023 yang akan dibentang semula pada 24 Februari ini.
Menurut beliau yang juga mantan Perdana Menteri itu, Bajet 2023 ketika dibentangkan di bawah kepimpinannya pada Oktober lepas, ia adalah yang terbesar dalam sejarah negara yang memberi tumpuan kepada meningkatkan taraf hidup di kawasan luar bandar dan menangani isu perumahan.
"Saya harap bajet yang telah dibentangkan tahun lepas diluluskan tanpa sebarang pindaan atau kalau ada penambahbaikan itu lebih bagus.
"Setakat hari ini, saya tengok, banyak bajet-bajet yang kita luluskan sebelum ini diteruskan. Sebagai contoh, Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang saya umumkan akan dibayar dan diteruskan walaupun ditukar nama kepada Sumbangan Tunai Rahmah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pusat Kawalan Operasi Daerah Bera (PKOD), di sini, pada Khamis.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, menerusi Bajet 2023 yang dibentangkan tahun lepas banyak memfokuskan kepada projek-projek pembangunan khusus untuk kepentingan rakyat, termasuk rakyat di Sabah dan Sarawak.
"Tidak kiralah apa projek sekali pun asalkan ia projek demi kepentingan rakyat, saya harap ia dapat diteruskan kerajaan hari ini.
"Banyak projek-projek lain yang boleh diteruskan termasuk program perumahan Satu Keluarga Satu Rumah yang telah diluluskan sebelum ini memandangkan isu perumahan merupakan salah satu isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan," ujarnya lagi.
Pada masa sama, mantan Perdana Menteri itu turut menyarankan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSU) supaya mengkaji semula berkaitan gred pangkat dalam pasukan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) seperti yang telah diluluskan Kabinet sebelum.
Katanya, sehingga kini, gred bagi pegawai APM Daerah masih rendah iaitu pada gred KP26 dan KP29.
"Gred ini masih rendah dengan jabatan-jabatan lain berbanding pegawai peringkat daerah sedangkan tugas APM ini sangat besar dari terutamanya dari segi menyelamat, banjir, kemalangan dan sebagainya.
"Jika berdasarkan daerah, sebagai contoh di Bera ini, yang merupakan sebuah daerah yang besar, tapi pegawai masih gred yang rendah sedangkan tugas mereka tak setara dengan tugas yang dilaksanakan," jelasnya.
Beliau berharap, perkara ini mendapat perhatian KSU dan dikaji semula, malah segera melaksanakan cadangan tersebut.
Azizah Shafiei
Thu Jan 19 2023
Ismail Sabri hadir pada Majlis Perasmian Pusat Kawalan Operasi Daerah Bera (PKOD), di Bera, pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.