YAN: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra pada malam Sabtu.
Beliau menyifatkan, permohonan maaf sesama manusia adalah wajib dan ia satu perbuatan mulia terutamanya bersempena Syawal.
Menurut Sanusi, memohon maaf atas sesuatu perkara juga adalah sifat-sifat pemimpin yang berjiwa besar.
"Sama ada dari segi adat (ataupun) dari segi budaya, memang kita macam itu kan. Beliau tetamu kita yang datang tempat kita. Tentulah kita kena hormat.
"Menghormati tetamu wajib Nabi (Muhammad) kata. Itu ada hadisnya. Jadi beramal dengan hadis, beramal dengan panduan-panduan Islam itu wajib," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan di sini pada Ahad.
Ketika mengulas lukisan karikatur beliau tunduk hormat memohon maaf kepada Perdana Menteri, Sanusi berkata, beliau tertanya-tanya mengapa ada yang mempersenda permohonan maaf dirinya.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, beliau sememangnya sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada dirinya apabila berjumpa di mana-mana sahaja.
"Itulah gaya saya dan saya bukan berlakon, (sebaliknya) saya jadi diri saya yang sebenar. Apabila saya nampak komen-komen ini, (tertanya-tanya) baik pun salah (dan) tidak baik pun salah," katanya.
Beliau berkata, perkara-perkara baik termasuklah memohon maaf sepatutnya disuburkan dan bukannya dipersenda.
Kata Sanusi, seseorang individu itu dikhuatiri mewarisi sifat-sifat syaitan sekiranya sakit hati melihat orang lain membuat melakukan kebaikan.
"Siapa yang tidak suka kepada kebaikan adalah mewarisi sifat-sifat syaitan," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 05 2024
!['Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi 'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707695742_sanusi.jpg)
Sanusi berkata, perkara-perkara baik termasuklah memohon maaf sepatutnya disuburkan dan bukannya dipersenda.- Gambar fail/Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732513877_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
![Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729552808_TBpolis.jpg)
Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.
![The Greater Kedah berbeza dibandingkan negeri lain - Sanusi The Greater Kedah berbeza dibandingkan negeri lain - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724563608_Sanusi.jpg)
The Greater Kedah berbeza dibandingkan negeri lain - Sanusi
The Greater Kedah adalah berbeza jika dibandingkan dengan The Greater Lembah Klang atau The Greater Penang yang telah lama dilaksanakan.
![Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684320459_TBSANUSIBUBARDUN.jpg)
Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.
![Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699682001_TBSanusi.jpg)
Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah
Projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.
!['Sanusi bukan pengganas' - Peguam 'Sanusi bukan pengganas' - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715930904_AwangArmadajayaAwa.jpg)
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
!['Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi 'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707695742_sanusi.jpg)
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711268912_Sanusikeretarasmi.jpg)
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
![Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696917662_pertuduhanmenghasut.jpg)
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
![Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695296846_Sanusi.jpg)
Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.