VOKALIS kumpulan Hujan, Noh Salleh meluahkan rasa hairan dengan tindakan Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.
Ujar penyanyi berusia 39 tahun itu, dia sudah bersedia menunjukkan bukti yang perlu bahawa dia juga adalah penjaga sah anak berusia dua tahun itu
"Hujahan dia (Mizz Nina) ada akaun berkanun daripada ibu kandung Musa, sama juga seperti saya. Ibu kandung Musa juga telah membenarkan saya untuk menjaganya menerusi akuan berkanun yang dia sendiri serahkan kepada saya.
"Kita nak bagi bukti, tetapi dia telah tarik permohon inter-parte itu. Jadi saya tidak ada kesempatan untuk tunjukkan," ujarnya.
Noh berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama peguamnya, Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin.
Tegas pelatun Angin Kencang itu, dia juga pernah mendaftarkan hak penjagaan Musa di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan turut meminta bekas isterinya itu mengemukakan bukti jelas bahawa telah diberikan hak penjagaan Musa.
"Hari ini, mahkamah setuju untuk penarikan balik, tetapi mahkamah tidak keluar perintah bahawa hak penjagaan kekal padanya.
"Nama saya juga dinyatakan sebagai penjaga sah Musa dalam dokumen yang saya sendiri daftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa ditemani Nina. Jadi mana kebenaran atas dakwaan yang nama saya tidak dinyatakan dalam dokumen tersebut?
“Apa buktinya yang dia penjaga tunggal Musa yang sah? Mana dokumen yang menyokong dakwaan tersebut? Saya boleh buka semua bukti dari awal, sebab semuanya ada bersama saya, tetapi saya tak mahu dedahkan aib bekas isteri saya," jelas Noh.
Bagaimanapun dalam masa sama, Noh berkata, dia menghormati segala keputusan yang dibuat oleh mahkamah hari ini dan akan menggunakan saluran yang betul untuk mendapat kebenaran bertemu Musa.
"Apa pun kena kembali tujuan asal kenapa mak dia datang untuk ambil Musa; atas kebajikan, penjagaan Musa. Cuma saya tidak mahu keluarkan kenyataan tentang itu.
"Apa pun sekarang adalah untuk kebaikan Musa. Saya turun dua hari ini pun untuk kebajikan Musa. Walaupun dia anak angkat, tetapi saya kalau dah sayang, saya akan sayang sepenuhnya.
"Cuma saya nak tegaskan, tiada unsur culik sebab pihak polis sendiri tidak tahan saya walaupun ada laporan polis terhadap saya," katanya yang mendakwa Mizz Nina telah menyekat nombornya.
Ditanya dakwaan Mizz Nina bahawa Musa trauma sebaik pulang semula ke pangkuan bekas isterinya itu, Noh pantas membidas: "Saya ada bukti, betapa gembiranya Musa sepanjang tiga minggu bersama kami. Bangun tidur bersama-sama, tak pernah saya lihat Musa gembira sebegitu.
"Trauma itu rasanya untuk orang tidak pernah jaga Musa," ujarnya.
Noh dan Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 tetapi perkahwinan mereka berakhir pada Ogos 2022. Perkahwinan selama 11 tahun itu tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi Nina dan Noh sempat mengambil anak angkat, Musa, dua tahun lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 06 2024
Nina dan Noh mengambil anak angkat, Musa, dua tahun lalu. - Gambar/ Sinar Harian
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok
Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Tahun 2009 saya tak tahu Alif Ba Ta, hanya hafal al-Fatihah, tiga Qul - Mizz Nina
Mizz Nina 'menyahut' trend #10yearchallenge dengan perkongsian yang boleh dijadikan iktibar.
Noh, Mizz Nina reda jika tiada rezeki cahaya mata
Noh Salleh dna isteri tidak sedih seandainya tiada rezeki mereka untuk timang cahaya mata