PELAKON kacak Syafiq Kyle, 26 tahun mengakui bercinta dengan dua gandingannya dalam drama bersiri, Hannah Delisha dan Zahirah Macwilson.
Syafiq bergandingan dengan Hannah dalam siri Mencintaimu Mr Photographer dan berlakon disamping Zahirah dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu.
Drama yang pernah bersiaran di slot Megadrama Astro Ria ini mempunyai ramai penggemar kerana jalan cerita menarik yang ditampilkan.
"Ya, saya akui cinta antara kami memang wujud dan saya memang bercinta dengan mereka, tetapi hanya di set drama sahaja. Kami bercinta ketika menjayakan karakter yang ingin kami bawakam.
"Saya akui mudah untuk mendapatkan chemistry dengan Hannah dan Zahirah kerana mereka berdua sangat profesional. Selepas tamat penggambaran, kami bersahabat seperti biasa.
"Buat masa ini, saya lebih selesa berkawan dengan Hannah dan Zahirah serta saya juga tak kisah untuk bergandingan dengan mereka dalam projek lain," kata Syafiq.
Tambah pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini, dia juga menafikan khabar yang mendakwa dirinya sedang menjalin cinta dengan Hannah.
"Saya dan Hannah cuma teman biasa sahaja. Mungkin orang anggap kami menjalin hubungan cinta kerana kami bekerja dalam projek yang sama.
"Selepas drama Mencintaimu Mr. Photographer, saya berlakon filem Langsuir dengan Hannah dan turut menjayakan beberapa projek lain," katanya yang ditemui di majlis pelancaran tiga produk miliknya yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur malam tadi.
Syafiq melancarkan tiga produk bawah jenamanya iaitu laman sesawang rasmi www.syafiqkyle.com, produk kecantikan beuty mask yang diberi nama Kylez Lab dan koleksi pakaian kurta raya iaitu Kylez By Syafiq Kyle.
Gempak
Fri Apr 20 2018
![Saya memang saya ada 'chemistry' dengan Hannah Delisha dan Zahirah Macwilson - Syafiq Kyle Saya memang saya ada 'chemistry' dengan Hannah Delisha dan Zahirah Macwilson - Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61524222357_Syafiq.jpg)
Syafiq bergandingan dengan Hannah dalam siri Mencintaimu Mr Photographer dan berlakon disamping Zahirah dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu. - Foto Astro Gempak
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
AI akan cipta pekerjaan baharu - PM India
Perdana Menteri India, Narendra Modi yakin teknologi baharu tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan sebaliknya percaya kecerdasan buatan (AI) akan mencipta pekerjaan baharu.
Kerajaan giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital
Kementerian Digital giat berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di rantau Asia Tenggara.
![Shawn Mendes dedah tarikh bercinta dengan Camila Cabello Shawn Mendes dedah tarikh bercinta dengan Camila Cabello](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61567156872_TBCAMILACABELLOSHAW.jpg)
Shawn Mendes dedah tarikh bercinta dengan Camila Cabello
Perkara itu terjawab apabila Shawn sendiri mengesahkannya.