Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin hari ini memohon maaf di Dewan Negara kerana menimbulkan kekeliruan berhubung masalah capaian internet yang dihadapi penuntut Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin.
"Saya ingin memohon maaf, dengan keizinan Yang Dipertua, saya ingin membuat permohonan itu di dewan mulia ini kerana menimbulkan kekeliruan dalam hal adik Veveonah. Maaf juga kerana maklumat daripada wakil rakyat kawasan menyebabkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.
"Mungkin pendapat saya telah disalah tafsir. Di daerah dan Pekan Pitas terdapat liputan dan pusat internet, namun ia perlu ditambah baik secara keseluruhan," katanya sebelum memulakan sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau berkata isu yang diluahkan oleh Veveonah adalah kelemahan liputan internet di Kampung Sipatalang di Pitas, Sabah yang memerlukan perhatian kerajaan.
Bagaimanapun, sebagai seorang bapa beliau berpendapat tindakan duduk di atas pokok pada waktu malam bagi mendapatkan liputan internet merupakan tindakan yang boleh membahayakan keselamatan diri.
"Kalau anak kita pun kita akan nasihat untuk tidak melakukan perkara itu kerana takut tercedera. Tetapi, perjuangan Veveonah untuk menunjukkan bahawa terdapat kekurangan liputan internet di kawasan luar bandar adalah perjuangan yang patut dipuji.
"Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan kerajaan bersetuju bahawa isu ini adalah isu pencapaian internet di pedalaman Sabah yang harus diberi perhatian dan ditangani sebaik mungkin," katanya.
BACA: Dakwa Veveonah menipu: Majlis Senator gesa Zahidi dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
BACA: KJ jumpa Veveonah, mohon maaf bagi pihak kerajaan, tawar kerjasama inovasi
Senator Alan Ling Sie Kiong yang mengemukakan usul untuk merujuk Zahidi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara dalam sesi persidangan pagi tadi kemudiannya mencelah dan berterima kasih kerana timbalan menteri itu hadir petang ini.
"Saya bersyukur dan terima kasih kerana timbalan menteri telah hadir pada petang ini dan mengambil peluang di dalam dewan yang mulia ini untuk membuat permohonan maaf atas perkara itu. Ini memang kita alu-alukan. Saya tidak mempunyai masalah dengan timbalan menteri," katanya.
Beliau berkata tindakannya itu dilakukan atas dasar untuk mempertahankan kewibawaan Dewan Negara dan berharap perkara itu tidak berulang.
Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim kemudiannya menzahirkan rasa puas hati dengan kesungguhan serta keikhlasan permohonan maaf yang dilakukan oleh Zahidi, justeru membuat keputusan timbalan menteri itu tidak perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara.
"Melihatkan kesungguhan yang berhormat timbalan menteri untuk tampil bersama-sama mencari yang jernih daripada yang keruh, mencari susunan adab yang lebih teratur, maka beliau wajar diberi peluang untuk menyampaikan kemaafan dalam suasana kita berkeluarga dalam perjuangan membaikkan tanah air.
"Maka apa yang telah timbalan menteri lafazkan (permohonan maaf) sebentar tadi yang secara berterusan secara spontan dan ikhlas harus diterima oleh dewan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020
Zahidi berkata isu yang diluahkan oleh Veveonah adalah kelemahan liputan internet di Kampung Sipatalang di Pitas, Sabah yang memerlukan perhatian kerajaan. - Gambar fail
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah mengugut dan menakutkan bekas isteri pelawak dan pelakon, Harith Iskander, minggu lalu.//
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Malaysia terus amal dasar berbaik dengan semua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara termasuk negara-negara besar seperti China dan Amerika Syarikat.
Nahas udara Washington DC: Kedua-dua kotak hitam CVR, FDR American Airlines ditemukan
Punca nahas yang mengorbankan 67 nyawa itu, sama ada faktor manusia atau mekanikal, masih belum jelas, kata pegawai NTSB.
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
Veveonah besar hati terima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri
Veveonah berkata, jemputan itu merupakan satu penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara itu.