KUALA LUMPUR: “Perkara pertama yang saya nak buat, jumpa mak saya di Sepang, dia sakit, itu keutamaan saya,” kata bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah sejurus dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis, pada 2021 lalu.
Ismahalil, 50, yang memakai baju T dan berkopiah putih berkata, sepanjang dua tahun ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, dia hilang banyak masa bersama keluarga.
Dia berkata, Oktober depan pula, dia tidak sabar untuk mewalikan perkahwinan anak perempuannya.
“Sepanjang dipenjarakan, saya macam mati namun masih bernafas sebab tiada hubungan luar, namun Alhamdulillah... Allah bagi saya bernafas semula, pengalaman itu beri pengajaran yang cukup besar.
“Berbekalkan semangat yang ada, radio ‘Bapakku FM’ akan dibuka semula, cuma beri sedikit masa, saya akan teruskan kembali sebagai penyampai radio,” katanya.
Katanya, ia kerana tidak mungkin dia dapat berkongsi pengalaman yang dihadapi, dalam seminit.
Setelah sekian lama meringkuk di penjara, dia dapat merasakan kebebasan untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak.
“Insya-Allah, saya akan adakan majlis doa kesyukuran, saya memohon semua pihak memberi masa sebulan, untuk saya berehat,” kata juruhebah yang popular sejak 1990-an ini, ketika ditemui di lobi mahkamah.
Pada Isnin, Ismahalil dibebaskan daripada satu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas lelaki itu berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Dalam kes ini, pembelaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Pada 6 September 2021, dia didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan berkenaan.
Pada 21 Februari tahun lalu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengedar dadah itu di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Februari lalu, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 17 2023

Ismahalil (tengah) memeluk isteri, Nor Haslinda Abdul Manaf (kiri) dan anaknya selepas dibebaskan kes dadah, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam Pahang
Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.
AWANI Tonight 12 March 2025
AWANITonight with Hafiz Marzukhi
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
AWANI Tonight: Trump’s Tariffs on Steel, Aluminium Take Effect
In the latest move from Washington, levies on all U.S. aluminium and steel imports came into effect at midnight, impacting numerous nations from Brazil to South Korea. The measure under U.S. President Donald Trump imposes a flat 25 percent duty on steel and aluminium entering the country, removing all previous exemptions.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.
Agenda AWANI: E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik – TKSU Kementerian Perpaduan Negara
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat. Jelasnya, sistem berkenaan turut memantau isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Wujudkan kerajaan teknorat Gaza, jamin pembangunan mampan – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata sebuah kerajaan teknokrat di Palestin perlu diwujudkan untuk memastikan pembangunan semula Gaza yang lebih mampan. Jelasnya, Palestin tidak miskin tokoh dalam pelbagai kepakaran yang berupaya memimpin pembangunan wilayah terkepung itu. #AgendaAWANI

Saya nak jumpa mak, dia sakit - Ismahalil
Ismahalil, 50, yang memakai baju T dan berkopiah putih berkata, sepanjang dua tahun ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, dia hilang banyak masa bersama keluarga.