SUNGAI BULOH: Remaja yang mendapat perhatian masyarakat selepas dimandikan seperti jenazah, Daniel Iskandar Mohd Nasir,19, mula menunjukkan perubahan tingkah laku ke arah positif.
Datuknya, Rosli Sidek, 65, berkata, bagaimanapun dia tidak pasti sama ada cucunya itu benar-benar insaf.
"Saya nampak perubahan, dia dilihat cukup insaf, cuma dari segi dalamannya saya tidak pasti. Namun pergerakannya masih dikawal oleh pihak berkaitan.
"Dia istimewa kerana dapat pembelaan. Mungkin berkat daripada ALLAH," katanya ketika ditemui selepas perbincangan damai antara keluarga Daniel Iskandar dan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Islahiah di Kuang, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Rosli berkata, dia tetap bersabar dengan pelbagai dugaan yang menimpanya sejak tahun lalu termasuk kejadian melibatkan Daniel Iskandar.
"Saya terima ketentuan Ilahi dan mengakui mungkin ada hikmah di sebalik segala ujian saya hadapi malah sudah memaafkan Daniel.
"Dari tahun lepas saya menerima musibah. Pertamanya abang ipar meninggal dunia di rumah saya, seminggu kemudian saya kematian isteri dan selang dua minggu, Daniel pula didakwa terlibat kes curi tabung masjid.
"Hampir gila dibuatnya, namun saya perlu tabah dan percaya semua dugaan dihadapi ini, pasti ada hikmah.
"Sebelum ini Daniel ada beritahu, dia minta maaf di atas segala perilakunya. Saya sudah maafkan dia," ujar warga emas itu.
Pada Jumaat, keluarga Daniel Iskandar dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Islahiah, Kuang mencapai kata sepakat untuk tidak mengungkit kes remaja berkenaan.
Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, persetujuan tersebut dicapai menerusi rundingan damai di Masjid Islahiah, Kuang pada Jumaat yang turut dihadiri wakil keluarga Daniel Iskandar, AJK masjid dan peguam.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 29 2022
ROSLI: Saya terima ketentuan Ilahi dan mengakui mungkin ada hikmah di sebalik segala ujian saya hadapi malah sudah memaafkan Daniel. -Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [20/1/2025] – Kehilangan besar untuk Sabah | Pelajar luar bandar kurang | Koridor makanan gajah
AWANI Borneo Isnin 20 Januari 2025 bersama NIckyson Nyambar
Jenazah ADUN Sungai Sibuga selamat dikebumikan.
Sarawak rancang bina sekolah berpusat di luar bandar atasi isu sekolahj kurang murid.
Organisasi konservasi Jepun biaya projek koridor makanan gajah di Kinabatangan.
Jenazah ADUN Sungai Sibuga selamat dikebumikan.
Sarawak rancang bina sekolah berpusat di luar bandar atasi isu sekolahj kurang murid.
Organisasi konservasi Jepun biaya projek koridor makanan gajah di Kinabatangan.
Jumlah mangsa di PPS Dewan Rumah Dayak Saratok meningkat
Setakat jam 4 petang Isnin, jumlah mangsa di Saratok, satu-satunya daerah yang terjejas banjir meningkat kepada 89 orang daripada 21 keluarga berbanding 39 orang daripada 15 keluarga pada Ahad.
Organisasi konservasi Jepun biaya projek koridor makanan gajah Kinabatangan
Sebuah organisasi konservasi di Jepun akan membiayai projek koridor makanan gajah di Kinabatangan seluas 33.35 ekar dengan nilai RM1juta ringgit bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sabah tuan rumah Pesta Koko Antarabangsa Malaysia 2025
Menurut Timbalan menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Chan Foong Hin penganjuran MICF di Sabah adalah atas faktor sumbangan negeri itu terhadap pembangunan industri koko dengan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan bekalan koko negara.
ADUN Sungai Sibuga selamat dikebumikan
Jenazah ADUN Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, 65, selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Bintang Baru Rancangan Sungai manila sebelum Zohor.
Sarawak rancang bina sekolah berpusat di luar bandar
Faktor penduduk yang berhijrah ke bandar akibat keperluan pekerjaan dan desakan ekonomi turut memberi impak kepada penurunan jumlah pelajar di kawasan luar bandar.Sebagai langkah mengatasinya kerajaan merancang mewujudkan sekolah berpusat yang dilengkapi dengan kemudahan asrama.
Yusof sedia kembali bertanding kerusi DUN jika diberi mandat
Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamad Yusof Apdal berkata beliau bersedia sekiranya diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
Warisan kekalkan momentum, tegakkan hak rakyat
Parti Warisan Sabah akan mengekalkan momentum perjuangan asal bagi memperjuangkan hak orang Sabah terutama sekali melihat kepada mempertegakkan perjanjian MA-63.
Formula khas rahsia pertahan penmpatan tradisi Melayu
Formula khas jadi rahsia kawasan penempatan tradisi Melayu di Sarawak berjaya dipertahankan dan perlu diteruskan kata premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
JHL Sabah sahkan penemuan bangkai gajah tanpa kepala dan kaki
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mengesahkan penemuan bangkai gajah tanpa kepala dan kaki berdekatan kawasan Maliau Basin di Kalabakan, Tawau seperti yang ditularkan di media sosial.
'Saya nampak perubahan, Daniel dilihat sudah insaf'
Rosli berkata dia tetap bersabar dengan pelbagai dugaan yang menimpanya sejak tahun lalu termasuk kejadian melibatkan Daniel Iskandar.
Pihak masjid, keluarga remaja dimandikan seperti jenazah berdamai
Setelah berbincang dengan semua pihak yang terlibat, mereka sepakat untuk saling bermaafan dan berdamai.