SHAH ALAM: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menuduhnya ketika penggulungan perbahasan usul berkenaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Mohd Radzi yang juga bekas Menteri Kanan Pendidikan berkata, setelah mendengar kenyataan Anwar itu, beliau hanya mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.
"Jadi, bila dengar perkara ini, saya pantang orang yang tidak bercakap benar dan akan pertahankan maruah saya.
"Atas dunia ini, saya tak takut dengan sesiapa kecuali Allah SWT.
"Sebab itu saya bangun untuk mempertahankan maruah, meminta supaya Anwar tarik balik tuduhan beliau terhadap saya," katanya menerusi hantaran video berdurasi dua minit 58 saat di Facebook.
Sebelum ini, Dewan Rakyat kecoh apabila Mohd Radzi bangkit meminta Speaker, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen Tambun itu menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.
Anwar ketika menjawab mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyentuh Putrajaya pernah buat perkara sama semasa pentadbiran terdahulu dengan merujuk Siti Aisyah yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh warga Korea Utara, Kim Jong-Nam, selepas pendakwa raya menggugurkan pendakwaan terhadapnya, pada Mac 2019.
Dakwa Mohd Radzi, Anwar telah memutarbelitkan kenyataan dengan mengatakan beliau tidak maksudkan Ahli Parlimen Putrajaya, sebaliknya pemerintahan sebelumnya.
"Apabila bercakap tentang kebenaran, saya tidak akan berganjak, pertahankan maruah saya.
"Sehinggalah saya diminta untuk keluar dewan, dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersepakat bahawa kalau Anwar tak tarik, tak berlaku adil pada saya, maka ahli Perikatan Nasional (PN) yang lain akan keluar dewan," ulasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 20 2023

Mohd Radzi Jidin menerusi hantaran video berdurasi dua minit 58 saat di Facebook pada Selasa.

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Kerajaan digesa jelaskan ralat angka hasil Belanjawan 2024 - Radzi
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, ralat berkenaan membabitkan satu angka yang besar.

'Saya pantang orang tak bercakap benar' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata beliau hanya kerana mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.

PRN: Manifesto PN di peringkat akhir - Radzi
Manifetso yang ditawarkan Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kini berada di peringkat akhir untuk disia

Isu beban tugas guru: KPM sedang tingkatkan kecekapan sistem
Kementerian Pendidikan sedang meningkatkan kecekapan sistemnya dalam usaha memastikan masa guru dapat digunakan sebaiknya untuk mendidik pelajar.

'Raikan pengorbanan guru kita'
Program yang berlangsung di UMK Kampus Bachok itu akan dirasmikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin dengan membawa tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera'.

SMK Bandar Saujana Putra bakal beroperasi Mac ini
Pemakluman lanjut berkaitan pendaftaran murid ke sekolah ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Murid sekolah dibenarkan buat ujian kendiri di rumah - Radzi Jidin
Kementerian Kesihatan Malaysia telah membenarkan murid sekolah rendah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah masing-masing bermula minggu ini.

KPM kaji segala sudut hapuskan buli di sekolah - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji segala sudut dalam menangani isu buli di sekolah.

Maszlee terkejut lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik terkejut dan terkilan apabila mendapati sejumlah 21,316 pelajar di negara ini telah berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

COVID-19: Sesi persekolahan diteruskan - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) komited meneruskan sesi persekolahan kerana prosedur operasi standard (SOP) di sekolah diyakini dapat mengawal penularan COVID-19.