PENGARAH drama terkenal, Michael Ang meminta maaf kepada penyanyi, Noraniza Idris secara langsung di Anugerah Meletop Era 2020 (AME).
Michael meminta maaf selepas Noraniza selesai membuat kemunculan khas semasa persembahan Shiha Zikir dan Wany Hasrita yang menyanyikan lagu etnik kreatif iaitu "Hati Kama" dan "Ting Ting".
Menurut pengarah "Sweet Dreams" itu, dia langsung tidak berniat apa-apa dan apa yang dikatakan jujur dari hati.
"Mungkin bahasa saya terlalu kasar, jadi saya minta maaf sebab saya tak berniat apa-apa," katanya semasa siaran langsung AME 2020.
Pada masa sama, Ratu Etnik Kreatif itu juga mengatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk menerima kritikan namun apabila ia datang daripada Michael Ang yang mempunyai pengaruh yang besar ia agak terkesan buat dirinya.
"Michael orang berpengaruh, jadi dah tarik semua netizen untuk katakan sesuatu yang tidak baik pada Kak Ani, Kak Ani sedih tau" balas Noraniza.
Noraniza yang popular dengan lagu "Dikir Puteri" itu juga meminta agar Michael Ang selepas ini menggunakan perkataan-perkataan yang baik ketika beri komen pada seseorang.
Asyraf Roslan
Mon Dec 21 2020
Michael meminta maaf selepas Noraniza selesai membuat kemunculan khas semasa persembahan Shiha Zikir dan Wany Hasrita. -Instagram @noraniza_idris @michaelang38
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mei ini.
Penduduk Kampung Sapagaya derita banjir besar setiap tahun
Bagi penduduk Amat Paduka Kawoh salah seorang penduduk Kampung Sapagaya, di Lahad Datu banjir besar yang melanda setiap tahun ibarat bagai penderitaan yang berpanjangan.
Proses pembersihan pasca banjir ambil masa dua hingga tiga hari
Bagi penduduk di Kampung Surih, Segedup yang telah dibernarkan pulang ke kediaman masing-masing, Proses pembersihan pasca banjir tetap mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga ke tiga hari.
Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.
Rumah terbuka PDP di Bintulu dibatalkan, fokus bantu mangsa
Penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ahli Parlimen Bintulu dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang dijadualkan pada 9 Februari 2025 di Dewan Suarah Bintulu dibatalkan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa banjir.
Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.
JPBNS akan pertimbang kes mangsa banjir enggan pindah ke PPS
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mempertimbangkan kes mangsa banjir yang memilih untuk tinggal bersama saudara berbanding berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menentukan mereka layak menerima bantuan RM1,000.
Michael Ang dituntut bayar semula RM500,000
Pengarah Michael Ang dituntut membayar semula RM500,000 kepada Armani Entertainment selepas didakwa gagal menunaikan perjanjian yang dimeterai.
"Ni neraka namanya!"- Tak tahan panas, Michael Ang tanya bila nak winter
Pengarah berkontroversi, Michael Ang akui tidak tahan dengan cuaca serta tahap kepanasan yang melanda negara kebelakangan ini.
'Mulai hari ni kena...' - Michael Ang letak syarat, elak isu cinta lokasi
Tegas Michael, barisan pelakon yang akan bekerja di bawah arahannya perlu menandatangani kontrak.
Drama Sihir kupas amalan khurafat mula ditayangkan malam ini
Astro bakal mempersembahkan sebuah lagi tayangan drama rantaian berjudul Sihir yang jalan ceritanya masih lagi berkisar mengenai amalan itu.
Perak siasat isu kerosakan Gua Matsoorat selepas penggambaran drama
Pihaknya menerima aduan berhubung kerosakan di tapak bersejarah itu daripada sebuah badan bukan kerajaan.
Perisian tidak sah: 'Beli daripada pihak sepatutnya, bukan daripada lanun' - Michael Ang
Lanun dapat untung, penggiat seni pula macam mana?
'Saya peminat lagu you tau' - Michael Ang mohon maaf kepada Noraniza Idris
Alhamdulillah akhirnya dah berbaik
Susulan sambutan hangat, 'Perempuan Tanpa Dosa' disambung 4 lagi episod
Tambahan episod untuk drama bersiri lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini merupakan satu tanda terima kasih kepada penonton yang memberi sambutan positif terhadap karya ini.
Michael Ang kembali ke dapur dengan 'Michael Ang's Halal Kitchen' musim kedua
Pengarah drama terkenal, Michael Ang 'kembali ke dapur' untuk program masakan Michael Ang's Halal Kitchen buat musim kedua.
Michael Ang baca bacaan solat dalam bahasa Inggeris: Sah atau tidak? Ini penjelasan Mufti WP
Jika langsung tidak boleh membaca mana-mana ayat daripada al-Quran, maka bolehlah orang itu menggantikannya zikir-zikir, jelas Dr. Zulkifli.