Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungannya dengan Presiden Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi adalah sangat rapat dan selesa untuk bekerjasama bagi memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia.
"Saya sangat senang dengan Jokowi. Saya lihat keterbukaannya, saya lihat keikhlasannya. Dalam banyak isu kami mempunyai perspektif yang sama," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Metro TV, di sini malam tadi.
Katanya, beliau mengenali Jokowi sebagai "people's man," atau mengutamakan rakyat, sebelum menjadi presiden lagi dan setelah menjadi presiden sedar betapa pentingnya bagi kedua-dua buah negara bekerjasama seerat mungkin.
Beliau berkata walaupun terdapat beberapa isu antara dua negara yang harus diselesaikan seperti masalah perbatasan maritim dan penangkapan nelayan Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia namun ia diselesaikan secara baik dan tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.
"Walaupun ada beberapa masalah misalnya, kita harus mencari penyelesaian yang tuntas dalam soal perairan maritim, soal nelayan kita yang ditangkap oleh Indonesia. Ini isu praktikal yang tidak membawa hambatan (rintangan terhadap) hubungan Indonesia dan Malaysia," katanya.
Ditanya mengenai penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya sebagai perdana menteri, Najib berkata setakat ini beliau bersyukur kerana apabila turun padang ramai yang memberi sambutan kepadanya.
"Saya berjumpa dengan rakyat dan saya melihat sambutan agak hangat bila saya turun dan Alhamdulillah sehari dua ini dari segi hubungan dengan rakyat saya rasa senang hati. (Walaupun ada pelbagai tuduhan) itu biasa dalam politik, itu adat resam politik tetapi hakikatnya kita mesti mendapat sokongan dan keyakinan rakyat jelata," katanya.
Perdana menteri berkata walaupun beliau terpaksa mengambil tindakan yang tidak popular seperti langkah rasionalisasi subsidi minyak, tetapi beliau yakin akhirnya rakyat akan memahami tindakan itu adalah keputusan yang tepat untuk kepentingan negara.
Ditanya mengenai kejayaan Malaysia membanteras aktiviti pengganas, Najib berkata ia adalah kerana Malaysia percaya kepada tindakan 'pre-emptive' atau pencegahan awal dengan memberi kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.
"Kita perlu melakukan (membanteras keganasan) melalui berbagai cara. Pertamanya kita mesti menyedari ia adalah sebagai suatu ancaman yang nyata dan berikan kuasa pre-emptive kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan, jangan beri kuasa pre-emptive kepada eksekutif," katanya.
Katanya, dengan cara itu pihak berkuasa dapat menahan sesiapa sahaja yang disyaki cuba melakukan aktiviti pengganas dan membawa bukti itu ke mahkamah tanpa menunggu seuatu untuk berlaku.
Beliau berkata, jika kerajaan menunggu sesuatu untuk berlaku dan baru hendak mengambil tindakan, ia pastinya sudah terlambat serta telah memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara.
Bernama
Sat Aug 06 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Indonesia Joko Widodo pada sidang media bersama pada akhir Pertemuan Perundingan Tahunan ke-11 Malaysia-Indonesia di Istana Merdeka, Jakarta, pada 1 Ogos, 2016. - fotoBERNAMA

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Erdogan tidak mahu AS melindungi Fethullah Gulen
Dalam acara berasingan sempena Perhimpunan Agung PBB, Erdogan mengulas tentang Fethullah Gulen, perkembangan di Syria dan juga tentang Kesatuan Eropah.

Pantau pihak yang kerap petik pendapat ulama Ibn Taimiyyah - Ayob Khan
Datuk Ayob Khan Mydin Pichay berkata, ia kerana banyak fatwa daripada ulama tersebut diseleweng Daish untuk menjustifikasikan tindakan ganas mereka.

Saya sangat senang dengan Jokowi - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengenali Presiden Joko Widodo sebagai "people's man," atau mengutamakan rakyat, sebelum menjadi presiden lagi.