KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa, tiada keperluan beliau mengambil remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella untuk disimpan dan didera, kerana wanita itu lebih menyayangi Bella berbanding anak-anak jagaannya yang lain.
Siti Bainun, 31, yang mengambil Bella sejak Julai 2020 turut menyifatkan remaja perempuan itu seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.
Siti Bainun berkata semasa Bella dalam jagaannya, tertuduh tidak pernah mendapat duit dan mengutip derma untuk menyara Bella, selain tidak mendapat bantuan bagi menguruskan remaja perempuan itu.
"Saya perlu menjual roti, kek, pasta dan mengambil tempahan katering untuk menampung tujuh anak saya termasuk Bella. Katering pun saya yang masak sendiri di rumah ibu dan tidak suruh pun anak-anak saya tolong, kecuali jika saya buat di kondominium. Mereka sendiri ingin membantu tanpa saya arahkan atau dipaksa," katanya.
Siti Bainun berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada prosiding membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Beliau berkata penghuni Rumah Bonda dan anak-anak jagaannya telah diajar berdikari, berdisiplin dan berkasih sayang antara satu sama lain, meskipun kebanyakannya berasal dari latar belakang kurang bernasib baik.
"Bella, saya benarkan dia menyapu dan belajar lap pinggan kerana dia tidak tahu basuh pinggan dengan baik. Jadi pinggan dia, saya atau kakak-kakak yang cucikan. Saya ajar dia urus diri dan lain-lain. Kita tidak halang dia berdikari, tapi dia juga anak istimewa yang perlukan perhatian.
"Dalam fikiran saya, kalau saya sudah tiada satu hari nanti, anak-anak ini akan tahu tanggungjawab dan jaga diri mereka sendiri. Tetapi untuk memaksa dan menyuruh dia (Bella) membuat kerja seperti orang lain, itu tidak sama sekali kerana saya sedar dengan kemampuan dia," katanya dalam nada sebak.
Sti Bainun berkata beliau membangunkan Rumah Bonda dengan menggunakan duit arwah ayahnya dan niatnya untuk berpindah ke kondominium di Wangsa Maju, untuk memberikan tempat yang lebih baik dan selesa buat Bella.
Berhubung Bella diikat, beliau berkata remaja perempuan itu suka merayau pada waktu malam untuk makan jajan dan pernah minum susu kotak satu karton sampai habis, sehingga menyebabkan Bella cirit-birit dan saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood mengakui perkara tersebut.
"Yasmin ada kain, dia attach kaki Bella dengan kaki dia, kalau Bella bangun nak merayap dan Yasmin boleh terjaga dan suruh Bella tidur.
"Sebab itu bila tanya siapa ikat? Bella cakap Shomin. Yasmin sendiri mengaku dalam keterangannya bahawa Shomin adalah dia. Tapi ikatan itu langsung tidak kuat dan sekadar untuk keselamatan Bella. Buktinya Bella tidak ada kecederaan atau bengkak akibat diikat seumpama cerita saksi-saksi pendakwaan," katanya.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Siti Bainun, 31, yang mengambil Bella sejak Julai 2020 turut menyifatkan remaja perempuan itu seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.

Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.

Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.

Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.

Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.

Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.

Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.

Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.

Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.