SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akhirnya membuka mulut berhubung video tular melibatkan beliau dan isteri.
Tanpa mendedahkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku di sebalik video berkenaan, beliau berkata, perkara itu akan diserahkan kepada Mahkamah Syariah.
“Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa termasuklah isteri saya. Oleh itu, saya tidak akan mengaibkan dia.
"Ini berkaitan masalah rumah tangga, dia masih isteri saya dan saya mempunyai sebab-sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan dengan isteri saya ke Mahkamah Syariah.
"Saya serahkan kepada peguam, saya lebih selesa proses keadilan perlu melalui undang-undang dan mahkamah,” katanya menerusi video sidang akhbar di TikTok pada Khamis.
BACA: 'Ini masalah (privasi) keluarga, jangan ada masuk campur' - Musa Hassan
BACA: Polis sahkan buka kertas siasatan kes Musa Hassan, isteri - Ketua Polis KL
Beliau pada masa sama menjelaskan, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baharu sahaja berlaku tetapi ia sudah berlarutan hampir tiga tahun.
Malah katanya, mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak enam bulan lalu.
BACA: Musa Hassan kongsi enam tabiat yang tidak patut isteri amalkan
Dalam pada itu, Musa menegaskan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat spekulasi negatif tentang kejadian itu.
“Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan tidak perlu saya memberikan penerangan kepada media tentang apa yang berlaku.
“Saya tak mahu beri keterangan lanjut memandangkan laporan yang dibuat oleh saya dan pihak isteri telah disebarkan. Jadi biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan,” katanya.
Sebelum itu, polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 09 2023

MUSA: "Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa termasuklah isteri saya. Oleh itu, saya tidak akan mengaibkan dia." - Foto Sinar Harian

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.

Musa Hassan akan terus bercakap, pertahankan negara dari ancaman - Peguam
Musa mengucapkan syukur atas keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau.

Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.

Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan
Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan

Tahan suspek tembakan di KLIA, bukti kecekapan polis - Musa Hassan
Kejayaan PDRM memberkas suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, membuktikan kecekapan risikan dan operasi pasukan.

Kerajaan diminta kenal pasti kategori pelarian sebelum daftar - MHO
MHO mengenal pasti terdapat dua kategori pelarian iaitu mereka yang ditindas dan berkaitan migrasi ekonomi.

Musa Hassan kahwini Qistina Lim
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.

24 Mei pengurusan kes nusyuz Musa Hassan, isteri
Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 24 Mei depan untuk pengurusan kes permohonan nusyuz Tan Sri Musa Hassan terhadap isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil.

Tiga persatuan pengawal keselamatan meterai MoU tingkatkan kualiti industri
Tiga persatuan pengawal keselamatan tempatan menandatangani MoU bagi mewujudkan kerjasama dalam meningkatkan kualiti dan peningkatan kerjaya pekerja dalam perkhidmatan itu.

Isteri nafi sebar video pertelingkahan dengan Musa Hassan
Elly Afizahwati mendakwa rakaman itu telah diserahkan lebih awal kepada pihak polis semasa siasatan dijalankan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur.