IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui beliau tidak gemar meletakkan sasaran ‘100 hari’ bagi dijadikan kayu ukur kejayaan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri.
Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu menyifatkan pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh disamakan seperti dengan ‘acara larian 100 meter’.
“Saya tak berapa gemar (dengan ukuran) ‘100 hari’ itu sebab mentadbir negeri dia bukan macam ‘larian 100 meter’. Dia seolah-olah seperti larian maraton yang beribu-ribu kilometer secara berterusan pula.
“Sebab (dalam) 100 hari ni apa yang kita boleh buat sebenarnya? Akan tetapi saya boleh katakan dalam tempoh terdekat ini mesyuarat Exco dijalankan seperti biasa, saban minggu.
“Malahan ada waktu-waktunya kertas Exco begitu banyak yang kita luluskan. Jadi, lagi banyak kertas Exco kita luluskan, lagi baik dan banyak perkara boleh kita selesaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Sistem Amaran Awal Kepala Air (EWS) Dan Kick-off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 juta pokok 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di sini pada Isnin.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco, serta Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop.
Saarani berkata demikian selepas diminta mengulas berkenaan pentadbirannya di Perak yang menjengah hampir 100 hari sejak mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar pada November tahun lalu.
Dalam pada itu beliau berkata kerajaan negeri sentiasa membuat penilaian dari semasa ke semasa bagi menambah baik prestasi pentadbiran negeri.
Selain itu tambah Saarani, prestasi barisan Exco yang dilantik juga berada pada tahap baik selain sentiasa membuat keputusan secara bersama walaupun ada kalanya berbeza pandangan.
“(Berkaitan prestasi Exco) tak ada masalah pada saya. Sebab kita tak akan cari kekurangan orang, kita cari kelebihan. Kita tak cari perbezaan, kita cari persamaan.
“Walaupun kadang-kadang ada perbezaan pendapat, itu biasa. Tapi akhirnya kita buat keputusan secara bersama, iaitu tanggungjawab bersama,” katanya lagi.
Saarani mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim pada 21 November tahun lalu.
Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Kerajaan Perak berjaya dibentuk hasil kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang masing-masing memperoleh 24 dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Amirrul Rabbani
Mon Feb 27 2023

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu menyifatkan pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh disamakan seperti dengan acara larian 100 meter.- Foto Astro AWANI

LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari yang rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Antara lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan dikaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian.
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

'Saya tak gemar ukuran 100 hari' - Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui beliau tidak gemar meletakkan sasaran 100 hari bagi dijadikan kayu ukur kejayaan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri.

Sasaran aspirasi 100 hari Keluarga Malaysia KPDNHEP berjaya dicapai - Nanta
Ia bertindak sebagai 'push factor' dalam memperkasa ekonomi secara berperingkat, memberi kesan positif pada sosioekonomi dan rakyat.