SINONIM dengan watak hero romantik dalam drama cinta, watak Bono dalam filem Rebel: Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique dengan melakonkan watak jahat di layar perak.
MK berkata, dia juga memang mengidamkan watak jahat (antagonis) dalam filem genre aksi sekali gus mencabar kemampuannya dalam bidang lakonan.
“Bila ditawarkan watak Bono, saya sangat bersyukur kerana dapat bekerja dalam filem sulung Datuk Awie dan mencabar diri melakonkan watak jahat dalam filem.
“Saya tidak takut dibenci penonton kerana melakonkan watak jahat kerana ia sekadar lakonan.
“Watak Bono menjadi penjahat kerana dia tinggal di kawasan setinggan dan terdedah dengan persekitaran yang kurang baik,” katanya.
Takut bekerja dengan Awie
Berkongsi pengalaman bekerja dengan Awie, kata MK, pada mulanya, dia berasa takut dan gementar untuk bekerjasama dengan vokalis kumpulan rock legenda Wings itu.
“Sebagai pelakon baharu, saya tidak tahu karakter Awie di lokasi. Namun, saya tidak sangka, Awie seorang yang sangat baik, berhemah tinggi dan sangat profesional ketika bekerja.
“Kalau kita buat sesuatu yang tak kena pun dia akan datang dan tegur dengan cara yang lembut dan sangat berhemah.
“Kalau penggambaran bermula lambat, Awie sendiri akan datang berjumpa pelakon dan kru untuk mohon maaf dan pastikan keadaan semua orang okey di lokasi,” katanya.
Sakit-sakit badan
Ditanya babak paling mencabar pula, kata MK, ia membabitkan babak pergaduhan dalam filem itu.
“Saya banyak babak dengan watak utama Luka (lakonan Ben Amir) dalam filem ‘action pack’ ini. Paling mencabar untuk buat babak pergaduhan yang berlangsung dari jam 8 malam hingga 6 pagi.
“Saya tidak mengalami kecederaan kerana produksi sangat menjaga aspek keselamatan dengan menyediakan pelakon lagak ngeri untuk babak yang bahaya.
“Sebelum penggambaran, kami juga giat berlatih dengan bantuan koreografer disediakan produksi di lokasi. Setakat sakit-sakit badan tu perkara biasalah dalam filem aksi,” katanya.
Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan kos pembikinan mencecah hampir RM1 juta.
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Ia mula menemui penonton di pawagam di seluruh negara bermula 2 Mei lalu. -Gempak
Gempak
Mon May 06 2024
MK berkata, dia juga memang mengidamkan watak jahat (antagonis) dalam filem genre aksi sekali gus mencabar kemampuannya dalam bidang lakonan. -Gempak
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock
Menampilkan band rock terkemuka seperti Wings, Search (KidDin), dan XPDC, festival ini bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock.
PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.
'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey
Keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.
Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi
Biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.