BATU PAHAT: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada Peguam Negara yang baharu dan pasukan pendakwa raya untuk memberi penjelasan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskannya (DNAA) dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata sebagai orang yang terlibat dalam kes berkenaan, beliau tidak mempunyai hak untuk membuat ulasan mengenainya.
"Tanya Peguam Negara kerana Peguam Negara telah wakilkan kepada pendakwa raya untuk menyatakan 11 fakta di mahkamah, jadi saya sebagai orang terlibat tidak ada hak untuk memberikan ulasan," katanya.
"Saya beri kepercayaan kepada Peguam Negara yang baharu (dilantik Rabu lepas) dan pihak DPP untuk membuat penjelasan, jika perlu penjelasan itu dibuat, tetapi 11 fakta yang telah dikemuka di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur itu bagi saya telah memadai kerana mahkamah telah buat keputusan," tambahnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Wanita di MRSM Batu Pahat, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Noraini Ahmad.
Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.
Diminta mengulas laporan media mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa wujud tangan ghaib dalam kes berkenaan, Ahmad Zahid meminta beliau untuk fokus kepada tugasnya bagi membangunkan negeri berkenaan dan tidak hanya berjanji kosong.
"Tangan ghaib mungkin ada di Kedah tapi tidak ada di Johor, saya harap dia jalankan tugas sebaiknya untuk selesaikan masalah rakyat di Kedah dan fokus kepada tugas beliau untuk bangunkan negeri bukan hanya janji kosong pada pilihan raya yang lepas," katanya.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata beliau sedia untuk disiasat polis di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya beliau melakukan kesalahan dalam ucapannya baru-baru ini sempena program lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Melana Indah Fasa 1, Johor Bahru, Ahad lepas.
"Saya bukan calon, saya boleh kempen untuk calon disukai dan saya harap polis buat siasatan di bawah Akta SPR. Saya rasa tiada kesalahan kerana sebagai menteri bertanggungjawab dalam soal kemajuan desa dan wilayah, saya mempunyai kemampuan dan tangggungjawab memberikan sesuatu yang baik," katanya.
Semalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), membuat laporan polis berhubung ucapan didakwa berbaur sogokan daripada Ahmad Zahid sempena program lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Melana Indah Fasa 1, Ahad lepas.
Semalam Pengerusi Bersih Thomas Fan, berkata ucapan Ahmad Zahid dilihat seperti cuba mempengaruhi pengundi khususnya di Parlimen Pulai apabila mengatakan projek penambahbaikan PPR itu akan diteliti dan diluluskan dengan syarat calon Pakatan Harapan (PH) perlu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media Program Perasmian Karnival Usahawan Wanita di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat hari ini. --fotoBERNAMA
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.