KUALA LUMPUR: Toh Puan Na’imah Abdul Khalid menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa, dan akan membuktikannya di dalam prosiding mahkamah.
Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin itu mendakwa, dakwaan yang dikenakan terhadap dirinya, suami dan keluarganya itu, adalah satu langkah bersifat dendam kepada mereka.
"Saya telah didakwa pagi ini atas kesalahan jenayah. Tetapi, tiada jenayah dilakukan oleh saya dan saya akan membuktikannya di mahkamah.
"Jenayah sebenar adalah plot yang diselaraskan untuk mencemarkan nama baik suami saya dan membalas dendam politik dan pembalasan terhadapnya," dakwanya.
BACA: Isteri Daim didakwa tidak isytihar harta
Beliau berkata demikian kepada media selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini pada Selasa, atas pertuduhan gagal mengisytiharkan 12 harta seperti dikehendaki oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Disember lalu.
Na’imah, 66, tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibaca terhadapnya, di hadapan Hakim, Azura Alwi.
Firdaus Azil
Tue Jan 23 2024

Na’imah, 66, tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibaca terhadapnya di mahkamah. - Foto Shahir Omar/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Na'imah gagal rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi
Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid tidak bermerit kerana tiada isu perlembagaan berbangkit dalam kes berkenaan.

Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan

Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.

Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.

Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta
Hakim berkata pembayaran cukai mesti dibuat tanpa mengira jumlahnya, walaupun dalam pertikaian undang-undang yang sedang berjalan.

Na'imah peroleh pasport sementara untuk ke UK, Jepun bagi urusan kerja
Hakim membenarkan permohonan itu selepas peguam memaklumkan anak guamnya memohon mendapatkan pasport dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.

Pendakwaan bantah rayuan isteri Daim dapatkan pasport kekal
Pendakwaan membantah rayuan isteri Tun Daim Zainuddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal di Mahkamah Rayuan pada Selasa.

Na'imah berjaya dapat pasport, mahu hadir pameran seni di Shanghai
Isteri Daim berjaya mendapatkan pasportnya daripada Mahkamah Sesyen bagi memudahkan perjalanannya ke Shanghai minggu depan.

Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice
Mahkamah memerintahkan Na'imah menyerahkan pasport kepada mahkamah selepas kembali ke Malaysia sebelum atau pada 27 Julai ini.

Na'imah gagal dapatkan pasport secara kekal
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid hari ini gagal untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal.