KOTA KINABALU: Salah seorang tertuduh 'Geng Upik' yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah peguam.
Tertuduh, Mahathir Jibarail, 49, antara enam tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika prosiding pendakwaan dijalankan.
Sebelum dibacakan pertuduhan, Mahathir yang merupakan tertuduh terakhir ditanya sama ada beliau ada mengupah peguam untuk mewakilinya dan adakah beliau mahu mengupah peguam.
"Saya tiada kemampuan (upah peguam)," katanya dengan wajah yang sugul ketika berada di kandang tertuduh.
Sementara itu, tertuduh kelima Maslan Sani, 41, turut tidak diwakili peguam ketika dibacakan pertuduhan di mahkamah sama.
Bagaimanapun sebelum itu dia memaklumkan kepada mahkamah bahawa mempunyai peguam yang mewakilinya ketika di Kuala Lumpur.
Prosiding diteruskan terhadapnya tanpa kehadiran peguamnya dan dia memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Empat lagi iaitu tertuduh pertama, Rahman Burijin, 44; tertuduh keenam, Nelson Yen Yee Chung, 46; tertuduh kesembilan, Alkan Abraham, 35; dan tertuduh kesepuluh, Maslan Mahmud, 49, memaklumkan masing-masing tidak mempunyai peguam.
Sementara itu, lima lagi tertuduh lain iaitu Jaysalfian Jaineh@Zaini, 45, diwakili peguamnya, Mohd Amirul Amin; Mohd Fauzie Rablin, 33, diwakili peguam, Sylyester Kuan manakala Shahlan Shah Abdul Samad, 37, Mohd Faridzul Asmahadi 31, dan Fazrul Bahar, 32, diwakili peguam mereka Shahlan Jufri dan Mohd Lokman Zabidi.
Sebelum itu, pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim dan prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazron Mohd Sham, Siti Hajar Mat Radzi dan Nur Ainaa Ridzuan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, 11 individu dipercayai dalang kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik' didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
Kesemua tertuduh melakukan kesalahan antara 2015 hingga 24 Disember 2023 telah menjadi ahli kumpulan Geng Upik di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas dibacakan pertuduhan di hadapan Noor Hafizah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 22 2024
!['Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik 'Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705905957_TBGengUpikjpg.jpg)
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas dibacakan pertuduhan di hadapan hakim. - Gambar/ Sinar Harian
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000 Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732545695_tbpengedarandadah.jpg)
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
![Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar negara Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730008295_cocaine.jpg)
Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar negara
Polis Sepanyol merampas 13 tan kokain dalam serbuan di Pelabuhan Algeciras, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
![Polis tahan lelaki edar vape mengandungi dadah Polis tahan lelaki edar vape mengandungi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723980380_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis tahan lelaki edar vape mengandungi dadah
Polis menumpaskan kegiatan memproses air ketum serta mengedar cecair vape mengandungi dadah di sebuah rumah di Sandakan.
![Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723451365_Dadah.jpg)
Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta
Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah bernilai RM2.6 juta selepas menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter di Sabak Bernam, pada Khamis lepas.
![Dua lelaki diberkas ketika urus niaga 54kg ganja tepi jalan Dua lelaki diberkas ketika urus niaga 54kg ganja tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721288235_ganja.jpg)
Dua lelaki diberkas ketika urus niaga 54kg ganja tepi jalan
Seorang pemandu peribadi dan pekerja kedai makan diberkas kerana disyaki mengedar 51 ketulan mampat ganja bernilai RM168,020.
![Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718016206_TBdadahrampas.jpg)
Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang dipercayai berselindung di sebalik syarikat pengawal keselamatan.
![Dua individu ditahan disyaki terlibat sindiket dadah Dua individu ditahan disyaki terlibat sindiket dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666069039_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Dua individu ditahan disyaki terlibat sindiket dadah
Polis menahan dua lelaki di Kampung KL Tin, Kalumpang, Kuala Kubu Bharu semalam kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sejak Disember tahun lepas.
!['Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik 'Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705905957_TBGengUpikjpg.jpg)
'Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik
Salah seorang tertuduh 'Geng Upik' yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah peguam.
![Ketua sindiket dadah terbesar di Sabah bergelar Datuk akan didakwa Ketua sindiket dadah terbesar di Sabah bergelar Datuk akan didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705749961_DCPZainudinAhmad.jpg)
Ketua sindiket dadah terbesar di Sabah bergelar Datuk akan didakwa
Sebelas anggota sindiket dadah terbesar di Sabah, termasuk ketuanya yang dikatakan seorang bergelar Datuk dijangka dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu.
![Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu bernilai RM1 juta di Semporna Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu bernilai RM1 juta di Semporna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704960162_TBketuapolissemp.jpg)
Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu bernilai RM1 juta di Semporna
Polis menggagalkan cubaan tiga lelaki untuk menyeludup keluar lebih 20 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM1 juta dalam serbuan di Jeti Umum Semporna, pada 3 Jan lepas.