Ketua ketiga-tiga sayap UMNO hari ini senada mendesak supaya mana-mana wakil rakyat parti itu yang ingin keluar parti dikenakan tindakan tegas, selain perlu memulangkan semula kerusi yang telah dimenangi.
Bagi mereka, wakil rakyat tersebut bertanding atas nama parti dan memanfaatkan jentera selain menggunakan wang parti itu tetapi telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi.
Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad berkata walaupun tindakan wakil rakyat lompat parti bukanlah satu kesalahan dari segi undang-undang sivil, namun ia telah melanggar kontrak sosial.
"Wanita menggesa agar parti memastikan satu reformasi terpimpin terhadap Perlembagaan UMNO dibuat bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli, khususnya wakil rakyat yang keluar parti secara semberono.
"Ini kerana ia melibatkan soal kesetiaan dan integriti, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat," katanya dalam ucapan dasarnya pada Persidangan Pergerakan Wanita UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Noraini juga mencadangkan agar parti yang berusia lebih 70 tahun itu melaksanakan akujanji taat setia UMNO ke atas semua anggota bagi membuktikan ketaatan dan kesetiaan mereka.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapan pada Persidangan Pergerakan Pemuda pula berkata pergerakan itu mendesak pimpinan untuk mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang terhadap 'petualang' yang telah meninggalkan UMNO ketika parti itu hilang kuasa.
"Kononnya lompat kerana prinsip perjuangan, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang, kami tahu sebab-sebabnya. Ingatlah UMNO yang kalian sisihkan inilah, yang pernah menatang anda di waktu senang, mendukung anda hingga ke puncak," katanya.
Beliau turut meminta pemimpin UMNO di setiap peringkat yang terpalit dengan apa jua bentuk masalah supaya berundur dengan secara terhormat.
Sementara itu, Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan dalam ucapannya pada Persidangan Pergerakan Puteri meminta Presiden parti supaya mengambil tindakan drastik terhadap wakil rakyat UMNO yang menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai parti lain.
Selain isu wakil rakyat lompat parti, ketiga-tiga ketua sayap turut menggesa supaya kuasa autonomi diberikan kepada UMNO Sabah.
Asyraf Wajdi berkata ini sebagai sebagai komitmen dan keikhlasan UMNO mengiktiraf status dan kedudukan khas Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kita mahu UMNO menjadi parti nasional pertama yang memulakan langkah pragmatik, memberikan autonomi kepada UMNO Sabah sebagai citra iltizam tinggi untuk mengiktiraf kedudukan Sabah sebagai salah satu entiti utama yang membentuk Persekutuan Malaysia.
"Ia juga sebagai satu pengiktirafan terhadap hak dan kepentingan semua ahli UMNO di Sabah sebagai negeri yang mempunyai jumlah keahlian tertinggi dengan hampir 20 peratus terdiri daripada kalangan Bumiputera bukan Islam," katanya.
Zahida berkata pemberian kuasa autonomi itu sesuai dengan perubahan landskap politik hari ini manakala bagi Noraini ia memerlukan political allignment dilakukan, bermula dari peringkat pusat hingga ke cawangan.
Sementara itu, Noraini dan Asyraf Wajdi juga melihat kepentingan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai landasan menyatukan umat Islam dan bangsa Melayu, dan sebagai suara 'check and balance' dalam usaha mengukuhkan blok pembangkang di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 29 2018

Noraini juga mencadangkan UMNO melaksanakan akujanji taat setia ke atas semua anggota bagi membuktikan ketaatan dan kesetiaan mereka. --fotoBERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Sayap UMNO desak wakil rakyat pulangkan kerusi jika ingin keluar parti
Bagi mereka, wakil rakyat tersebut bertanding atas nama parti dan memanfaatkan jentera selain menggunakan wang parti itu tetapi telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi.

Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh
Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh berkata, ia bukan janji yang retorik seperti mana yang ditampilkan pembangkang sebelum ini yang tidak akan mampu untuk dilaksana mereka.

16 peratus rumah mampu milik dalam akujanji BN berjaya disiapkan - Najib
Kerajaan komited meneruskan projek perumahan berkenaan kerana perkara itu dekat di hati rakyat walaupun menghadapi cabaran ekoran keadaan ekonomi tidak menentu.

BN akan bentang kad laporan prestasi tahun ini - Najib
Kad laporan prestasi Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dibentang pada tahun ini sebagai memenuhi janji akauntabiliti kepada rakyat sejak pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan
Bagi Zainuddin Md Jaafar, 50, seorang pengurus agensi cari jodoh, ideologi politik amat dititikberatkan sebelum mempertemukan pasangan yang benar-benar ingin mencari jodoh.

Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi
Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

Strategi perumahan BN mampu dilaksana - Penganalisis
Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk menyediakan satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun dan beberapa pendekatan lain diterima baik pakar ekonomi.