GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menafikan beberapa harga sayur meningkat ketika Ramadan ini seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini sebaliknya lebih murah berbanding Februari dan Mac lepas.
Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghafar berkata pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan penguatkuasanya mendapati secara purata harga yang dijual di premis dan peruncit adalah lebih rendah malah berpatutan.
"Apa yang dilaporkan dalam kenyataan CAP itu tidak tepat, ini kemungkinan CAP hanya menjurus kepada satu atau dua peruncit sahaja sedangkan secara purata harga di premis dan peruncit adalah lebih rendah dan berpatutan.
"Kami telah menjalankan pemantauan harga bagi mendapatkan maklumat daripada pasar raya dan peniaga pasar awam mengenai harga dan bekalan tomato, daun sup dan daun ketumbar yang didakwa meningkat ketika bulan puasa ini, namun mendapati ada yang dijual lebih murah berbanding bulan lepas," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden CAP Mohideen Abdul Kader yang mahu pihak KPDNHEP mengambil langkah segera menurunkan harga sayur-sayuran yang meningkat secara drastik ketika Ramadan ini kerana ia membebankan pengguna.
Mohideen dalam kenyataan itu dilaporkan berkata daun kari sebelum ini dijual RM5 meningkat kepada RM15 sekilogram, daun sup (RM7 kepada RM12 sekilogram), daun ketumbar (RM18 kepada RM22 sekilogram), tomato (RM5 kepada RM6 sekilogram) dan sardin cap ayam bagi saiz 450 gram pula RM8 kepada RM9.50 satu tin.
Mengulas lanjut, Mohd Ridzuan berkata melalui pemeriksaan didapati pemborong, pasar raya dan peniaga pasar awam memaklumkan bahawa bekalan sayur diperoleh dari Cameron Highlands, Pahang dan pekebun sekitar utara serta harga dan bekalan dipengaruhi oleh keadaan cuaca di kawasan yang terlibat.
Beliau berkata bagi harga tomato untuk minggu pertama April ialah RM1.99 hingga RM6 sekilogram dan berkurangan berbanding harga Februari RM3.95 hingga RM10 sekilogram manakala Mac pula RM1.99 hingga RM8.80 sekilogram ekoran hujan berkurangan di Cameron Highlands.
Menurutnya harga daun sup turut turun kepada RM7 hingga RM10 sekilogram kerana bekalan mula diperoleh peniaga berbanding RM9 hingga RM15 sekilogram pada Februari manakala pada Mac pula RM7 hingga RM10 sekilogram.
"Peniaga memaklumkan harga daun ketumbar telah mula meningkat dari Januari iaitu RM10 hingga RM15.70 sekilogram berbanding harga semasa RM18 hingga RM30 sekilogram dan Februari RM20 hingga RM25 sekilogram manakala Mac pula RM20 hingga RM30 sekilogram kerana bekalan berkurangan di pasaran," katanya.
Mohd Ridzuan berkata harga sardin cap ayam pula mengikut jenama dan lokasi premis jualan dengan harga antara RM6.50 dan RM10.30 satu tin dan pengilang memaklumkan kos bahan mentah serta pembungkusan meningkat menyebabkan berlaku peningkatan harga sardin tersebut.
"Kami akan terus memantau harga dan bekalan daripada pekebun serta pemborong sayur-sayuran bagi memastikan tidak berlaku pengambilan untung yang tidak munasabah oleh mana-mana peniaga di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP jika terdapat peniaga menaikkan harga secara berlebihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022

KPDNHEP Pulau Pinang menafikan beberapa harga sayur meningkat ketika Ramadan ini seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). - Gambar fail/Astro AWANI/Hamzah Hamid

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kerajaan pastikan harga sayur 'popular' munasabah menjelang Deepavali - Armizan
Armizan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mengelakkan potensi kenaikan harga barangan itu.

KPDN belum terima laporan harga sayur susulan banjir - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) belum menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga sayur-sayuran susulan kemungkinan bekalan terjejas akibat banjir.

Harga sayur di Melaka meningkat 10 hingga 20 peratus
KPDN Melaka mengesahkan berlaku kenaikan harga sayur antara 10 hingga 20 peratus di negeri itu ekoran hujan.

Sayur di P.Pinang lebih murah ketika Ramadan berbanding Mac, Februari
KPDNHEP Pulau Pinang menafikan beberapa harga sayur meningkat ketika Ramadan ini seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

FAMA jangka harga sayur-sayuran stabil satu hingga dua bulan lagi
Harga sayur-sayuran dijangka stabil dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi berikutan pelbagai usaha yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Harga barangan keperluan harian dijangka stabil menjelang Januari
KPDNHEP menjangkakan harga barangan keperluan harian, akan kembali stabil sepenuhnya menjelang bulan Januari depan.

MAFI jamin harga barang keperluan asas kembali pulih dalam tempoh terdekat
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan harga barangan keperluan asas akan kembali pulih dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

Kenaikan harga bekalan dipercayai berpunca daripada orang tengah - Exco Melaka
Kenaikan harga bekalan makanan seperti sayur-sayuran dan ayam di Melaka dipercayai berpunca daripada orang tengah yang membekalkan barangan berkenaan kepada peniaga pada harga tinggi.

Kenaikan harga sayur sehingga 100 peratus, namun dijangka bersifat sementara - KPDNHEP P. Pinang
KPDNHEP Pulau Pinang mengesan kenaikan harga sayuran sehingga seratus peratus pada minggu kelima November.

Harga sayur naik 200 peratus tidak berlaku - KPDNHEP
Hasil siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga sayur dikatakan meningkat hingga 200 peratus tidak berlaku.