KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat, terutamanya dalam menyediakan keperluan tadbir urus dan jaminan untuk memastikan dana yang diperoleh dalam SE akan digunakan dengan sewajarnya seperti yang diharapkan.
Pengerusinya, Datuk Seri Awang Adek Hussin dalam satu kenyataan pada Selasa berkata dengan platform pengumpulan dana khusus untuk projek dengan hasil sosial yang positif, SE akan memudahkan lagi penggemblengan modal swasta dan dermawan dalam menangani keperluan golongan yang kurang bernasib baik.
Beliau berkata cadangan penubuhan Bursa Sosial pertama negara itu mencerminkan komitmen kerajaan ke arah pendekatan pembangunan holistik dalam pembinaan negara, selaras dengan rangka kerja Ekonomi MADANI bagi membantu segmen masyarakat yang memerlukan.
Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua inisiatif berkaitan pasaran modal di Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam.
Inisiatif pertama adalah penubuhan Bursa Sosial pertama Malaysia, pendekatan berstruktur untuk penyertaan modal swasta dalam projek dengan hasil sosial yang positif.
Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan, turut mengumumkan pengenalan pengumpulan dana untuk pembangunan wakaf melalui platform pembiayaan rakan setara (P2P) dan pendanaan awam ekuiti (ECF), dengan kerajaan menyediakan pembiayaan padanan melalui Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF).
Awang Adek berkata untuk menyokong pengumpulan dana pembangunan wakaf melalui platform pembiayaan ECF dan P2P, insentif baharu di bawah Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) akan diperkenalkan untuk memberi manfaat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Ini boleh memberi manfaat kepada PMKS dalam menjalankan projek berkaitan wakaf, terutamanya dalam pembangunan tanah wakaf dalam pertanian huluan dan bio-ekonomi.
"Ini akan menggalakkan lebih banyak PMKS untuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dalam perniagaan yang menyasarkan hasil sosial yang positif, pada masa yang sama menyumbang kepada agenda jaminan makanan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
AWANG ADEK: Ini boleh memberi manfaat kepada PMKS dalam menjalankan projek berkaitan wakaf, terutamanya dalam pembangunan tanah wakaf dalam pertanian huluan dan bio-ekonomi. - Foto fail/BERNAMA
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilantik ahli Lembaga Pengarah SC
Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.