RIYADH: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB), sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam pasaran modal Islam (ICM) dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Lebih bermakna, pemeteraian MoU yang penting dan pertama seumpamanya antara pengawal selia pasaran modal Malaysia dan bank pembangunan pelbagai hala perdana wilayah Selatan Global itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden merangkap Presiden IsDB Dr Muhammad Al Jasser dalam satu majlis di sini.
Dokumen itu telah ditandatangani oleh Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dan Naib Presiden, Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan IsDB Dr Zamir Iqbal, di luar Mesyuarat Agung Tahunan IsDB 2024 di sini.
Anwar dan Muhammad Al Jasser, dalam mesyuarat pada Mac 2023, telah bersetuju agar pengawal selia, pihak berkuasa dan perniagaan di Malaysia bekerjasama erat dengan IsDB untuk meneroka bidang kerjasama baharu.
Ini termasuk membangunkan dan merintis produk kewangan Islam yang inovatif, mempromosikan industri halal dan menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Dalam MoU itu, SC dan IsDB akan bekerjasama dalam beberapa bidang utama seperti memudahcara inovasi dalam fintech Islam, menggalakkan pembangunan kewangan sosial Islam dan menggalakkan aliran masuk pelaburan.
Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan pembinaan kapasiti, perkongsian pengetahuan dan projek teknikal bersama dalam bidang berkepentingan utama melibatkan ICM yang boleh dimodalkan oleh kedua-dua institusi bagi manfaat negara anggota IsDB lain.
"Sinergi kerjasama itu menandakan satu kejayaan bersejarah bagi SC dan IsDB. Kami berhasrat untuk meluaskan dan mendalami tahap fintech Islam melalui skala dan pasaran baharu serta meluaskan peluang melalui kewangan sosial, termasuk pembangunan aset wakaf dengan memanfaatkan pasaran modal dan kepakaran pembangunan kewangan masing-masing," kata Awang Adek kepada media di sini.
Awang Adek juga menyifatkan MoU itu selaras dengan inisiatif strategik utama untuk ICM Malaysia di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 3 (2021 - 2025), termasuk memperluaskan jangkauan ICM kepada pemegang kepentingan ekonomi yang lebih luas selain menerima kerjasama dan inovasi bagi tujuan pertumbuhan.
Sementara itu, Muhammad Al Jasser berkata MoU itu menyaksikan SC dan IsDB akan bekerjasama untuk meningkatkan teknologi kewangan Islam, kewangan sosial, dan menarik pelaburan asing dalam pasaran swasta.
"Kerjasama ini akan meningkatkan pasaran modal Islam bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh negara anggota IsDB, mengutamakan sokongan untuk PMKS dan pasaran swasta yang penting untuk pemerkasaan ekonomi," katanya.
Pada 2023, ICM Malaysia berkembang sebanyak 4.5 peratus kepada RM2.4 trilion manakala sukuk belum tebus meningkat sebanyak 7.4 peratus dan ekuiti patuh Syariah menokok sebanyak 1.5 peratus.
Malaysia juga kekal sebagai peneraju global dalam ICM, terutama sukuk belum tebus serta pengurusan dana Islam selain meraih kedudukan teratas dalam indeks global seperti Indeks Fintech Islam, Petunjuk Ekonomi Islam Global dan Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam global bagi tahun ke-10 berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024

Dokumen itu telah ditandatangani oleh Dr Awang Adek dan Dr Zamir, di luar Mesyuarat Agung Tahunan IsDB 2024. - Gambar Bernama

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.