KUANTAN: Gara-gara terlalu percaya tawaran kerja sambilan dengan komisen tinggi bagi setiap jualan barangan, empat pelajar berputih mata apabila kerugian RM26,557 selepas menjadi mangsa penipuan.
Mangsa berusia antara 20 hingga 28 tahun tampil membuat laporan secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Temerloh, Bentong dan Rompin.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Deputi Superintendan Yap Huat Tian berkata, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa menerima tawaran kerja sambilan yang diiklankan melalui laman sosial Facebook, aplikasi WhatsApps dan Instagram.
"Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.
"Pulangan lumayan itu telah menarik minat untuk kesemua mangsa menyertainya dan mangsa diminta untuk membuat pembayaran bagi pembelian barangan melaluinya sindiket terbabit," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.
Huat Tian menjelaskan pihak sindiket telah membuat bayaran pertama dan kedua selepas mangsa selesai membuat jualan.
Tambahnya, tindakan itu dibuat bagi menyakinkan mangsa bahawa keuntungan lumayan sekiranya mereka membeli lebih banyak barangan.
"Kesemua mangsa kemudian membuat tugasan ketiga dan seterusnya, namun mangsa dikatakan tidak terima sebarang bayaran.
"Malah, pihak sindiket memberi pelbagai alasan ketika mangsa menuntut wang keuntungan mereka," katanya.
Beliau berkata, sindiket terbabit mahu mangsa meneruskan tugasan itu dengan mengarahkan mereka membeli barangan lain dan membuat bayaran melalui akaun bank atas nama individu berbeza untuk mendapatkan bayaran keuntungan seterusnya.
Bagaimanapun, mangsa mula curiga apabila terus didesak membeli barangan yang dijual dengan harga semakin tinggi sehingga mereka tidak mampu untuk meneruskan tugasan itu.
"Mangsa menyedari telah ditipu apabila panggilan telefon telah disekat sebelum tampil membuat laporan polis," katanya.
Sehubungan itu, Huat Tian menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan iklan tawaran kerja dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan.
"Bagi mengelak ditipu, orang ramai perlu membuat semakan terhadap akaun yang digunakan secara dalam talian melalui portal Mule CCID bagi mengelak menjadi mangsa," katanya lagi
Mohd Zalani Md Atan
Thu May 12 2022
![Scam tawaran kerja sambilan: Empat pelajar rugi RM26,557 Scam tawaran kerja sambilan: Empat pelajar rugi RM26,557](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647244345_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.- Gambar hiasan
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
![Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738834689_IrIzhamHashim.jpg)
Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.
Mangsa dipercayai terkena libasan kipas utama - Polis
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
![Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835271_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang
Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur hari ini.
![Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707370410_TBDATUKHERMONOj.jpg)
Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat
Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden nahas helikopter pengangkut.
![Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam dibincang Kabinet esok - PM Anwar Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam dibincang Kabinet esok - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738834535_TBAnwarIbrahim.jpg)
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam dibincang Kabinet esok - PM Anwar
Cadangan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.]
![Sistem e-SelfAudit atasi kegagalan CEO syarikat milik kerajaan urus operasi - PM Anwar Sistem e-SelfAudit atasi kegagalan CEO syarikat milik kerajaan urus operasi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738834363_TBAnwarIbrahim.jpg)
Sistem e-SelfAudit atasi kegagalan CEO syarikat milik kerajaan urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan.
![Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738833959_AnthonyLoke.jpg)
Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.
![4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina 4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738834040_mayat.jpg)
4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.
![Scam tawaran kerja sambilan: Empat pelajar rugi RM26,557 Scam tawaran kerja sambilan: Empat pelajar rugi RM26,557](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647244345_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Scam tawaran kerja sambilan: Empat pelajar rugi RM26,557
Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.