KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,468 kertas siasatan dibuka berhubung kes jenayah dalam talian melibatkan kerugian lebih RM362 juta dalam tempoh Januari hingga Jun lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,169 pertuduhan telah pun dilaksanakan membabitkan jenayah scammer bagi tempoh yang sama.
Jelas beliau, peningkatan kes jenayah penipuan dipengaruhi kepesatan pembangunan dan kecanggihan era teknologi yang membawa kepada kewujudan pelbagai aplikasi yang membantu masyarakat bertukar maklumat dan sebagainya.
"Mengikut statistik yang diberi, Kontinjen Kuala Lumpur mencatatkan kes yang tertinggi berbanding kes lain sebanyak 1,338 kes.
"Bagi jenayah judi dalam talian pula, bagi tempoh Januari hingga Jun 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya membuat 3,950 serbuan dengan tangkapan seramai 4,754 orang. Hasil serbuan tersebut, PDRM telah merampas wang tunai sebanyak RM762,855.00 dengan jumlah barang rampasan sebanyak 7,544 barang kes," katanya pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ismail menjawab pertanyaan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang meminta kementerian menyatakan statistik mengikut negeri bagi kes pinjaman wang tidak berlesen seperti ah long, scammer, dan judi dalam talian di Malaysia.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, sebanyak 506 kes melibatkan kes pinjaman wang tidak berlesen ah long dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Jun lepas.
Ia melibatkan kerugian bernilai lebih RM4.28 juta, dengan Johor mencatatkan kes tertinggi berbanding negeri yang lain iaitu 86 kes.
"Pelbagai usaha telah dijalankan oleh PDRM dalam mengekang sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen termasuklah dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan seterusnya menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan.
"Sepanjang tempoh kajian Januari hingga Jun tahun 2022, seramai 744 tangkapan telah dibuat dan sebanyak 241 pertuduhan telah pun dilaksanakan," kata beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 28 2022

Sebanyak 10,468 kertas siasatan dibuka berhubung kes jenayah dalam talian melibatkan kerugian lebih RM362 juta dalam tempoh Januari hingga Jun lalu, kata Datuk Seri Ismail Mohamed Said. - Gambar Jabatan Penerangan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Scammer: 10,468 kertas siasatan dibuka, kerugian lebih RM362 juta
Mengikut statistik yang diberi, Kontinjen Kuala Lumpur mencatatkan kes yang tertinggi berbanding kes lain sebanyak 1,338 kes.