AKHIRNYA selepas kes penipuan dalam talian makin menjadi-jadi, Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan bank beralih daripada penggunaan sistem kata laluan sekali sahaja (OTP) kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh.
Peralihan sistem itu merupakan satu daripada lima langkah kawalan tambahan yang perlu diambil institusi kewangan bagi mengukuhkan perlindungan terhadap penipuan kewangan terutamanya dalam talian seperti yang diumumkan BNM pada Isnin.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, langkah kawalan tambahan itu termasuklah memperketatkan peraturan pengesanan penipuan dan bertindak menyekat transaksi disyaki terlibat dengan penipuan.
Meskipun 'scammer' pastinya mempunyai 1,001 helah untuk terus memperdaya mangsa, namun langkah terbaharu itu pastinya sedikit sebanyak akan menyukarkan kerja jahat mereka.
Sebelum ini, 'scammer' sangat mudah menipu mangsa dengan memanipulasi penggunaan OTP yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).
Dalam rata-rata kes yang dilaporkan, modus operandi penipuan itu menggunakan OTP hingga wang dalam akaun bank mangsa hilang secara tiba-tiba.
Ekoran itu, sebelum ini beberapa pemimpin termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil turut menggesa bank mengubah sistem pengesahan bagi perbankan dalam talian.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, setiap tahun secara purata 20,000 orang menjadi mangsa scammer dan lebih RM660 juta dicuri kumpulan tersebut.
Mereka yang menjadi mangsa bukan setakat warga emas malah golongan profesional seperti pakar perubatan.
Lebih meresahkan pengguna, setiap kali kes penipuan berlaku bank dilihat hanya diam membisu seolah-olah tiada langkah yang benar-benar berkesan boleh diambil untuk mengatasi masalah yang kian parah itu.
Sebuah portal berita pada 8 September lalu turut melaporkan orang ramai mula fobia dan takut untuk membuat simpanan di dalam bank kerana walaupun telah mengambil langkah berjaga-jaga, namun tetap ramai yang menjadi mangsa 'scammer'.
Oleh itu, pengumuman BNM tentang lima langkah kawalan tambahan untuk melindungi pengguna itu dapat mengurangkan keresahan pengguna yang sekian lama 'dibelenggu' ketakutan dengan aktiviti 'scammer'.
Pengguna pastinya lega kerana kini 'scammer' tidak lagi boleh bermaharajalela seperti sebelum ini.
Namun, diharap pada masa sama, langkah berterusan diambil pihak bank bagi memastikan pengguna terus dilindungi walaupun 'scammer' mengubah operandi mereka selepas ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 27 2022

Pengumuman BNM tentang lima langkah kawalan tambahan untuk melindungi pengguna itu dapat mengurangkan keresahan pengguna yang sekian lama 'dibelenggu' ketakutan dengan aktiviti 'scammer'. - Gambar hiasan

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM
CFIL bertujuan mempercepat pembangunan penyelesaian kewangan iklim yang inovatif bagi meningkatkan aliran kewangan ke arah peralihan dan aktiviti hijau.

Pemansuhan kadar faedah rata pinjaman peribadi boleh kekang hutang isu rumah, risiko bankrap
Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah.

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.