BERTUAH ibu, Nur Azreen Saleh dan ayahnya, kerana memiliki seorang anak lelaki yang punyai jiwa yang besar. Sejak anaknya, Izz Zhafran berusia 4 tahun lagi dia sudah didedahkan dengan misi bantuan banjir.
“Dah biasa ikut Ayah dan Ummi menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan,” luah ibu menerusi ruangan Facebook miliknya.
Kini, Zhafran sudah 8 tahun dan tidak kekok ke hulu ke hilir mengangkat barangan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir.
Tersentuh hati melihat gelagat Zhafran yang mengenakan baju-T belang-belang. Kata Zahfran yang menyambut hari kelahiran pada 25 Disember lalu, dia merasa seronok.
Malah akuinya, inilah ‘birthday’ paling best untuknya.
Kongsi ibunya lagi,
25 Disember 2021, Sambutan Hari Jadi Izz Zhafran yang ke 8 tahun. Lain daripada yang lain.
Kali ini tiada sambutan, nyanyi-nyanyi, tiup lilin, potong kek seperti kebiasaan. Tiada juga hadiah-hadiah istimewa.
Sebaliknya, Izz Zhafran berkhidmat sepenuh hati, menyumbang tenaga untuk rakyat dan masyarakat dalam misi bantuan banjir Selangor pada hari ulang tahun kelahirannya.
Izz Zhafran seawal usia 4 tahun lagi dah biasa ikut Ayah dan Ummi, menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Memang sengaja Ummi didik begitu. Anak lelaki kan? Menjadi tanggungjawab Ayah dan Ummi untuk bentuk jati diri yang kuat dalam dirinya supaya menjadi khalifah di bumi Allah ini. Tapi Ummi tak pula memaksa. Dari kecik lagi, dia yang bersemangat nak ikut setiap program amal yang biasa Ummi aturkan.
“Birthday tahun ini paling best sekali,” Itu kata-kata yang keluar dari mulut anak soleh berusia 8 tahun ini.
Pada Ummi, umur sebegini belum mampu mengucapkan kata-kata sekadar menjaga hati kan? Kiranya itulah luahan hati yang jujur dan ikhlas. Agaknya lah.
Melihat Sendiri Keadaan Teruk Akibat Bencana
Sepanjang berada di kawasan bencana, terlalu banyak pelajaran yang diperolehi. Bukankah pengalaman itu adalah ‘guru’ terbaik yang mengajar kita tentang kehidupan?
Melihat dengan mata sendiri keadaan teruk akibat bencana dan menghulurkan bantuan dengan tangan sendiri memberi pengalaman yang tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Semoga sambutan hari jadi kali ini akan kekal terpahat dalam ingatan. Sebab inilah sambutan hari jadi paling jarang berlaku tetapi yang penting dia gembira dan bahagia.
Selamat ulang tahun kelahiran anakku. Moga menjadi khalifah berjaya dunia akhirat. Doa Ummi akan sentiasa mengiringi setiap langkahmu. Jadilah yang terbaik dan sentiasa usaha jadi orang baik, bukan untuk orang sayang, tetapi paling penting nak Allah sayang.
Mingguan Wanita : Bagus didikan ibu dan ayahnya.
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
Mingguan Wanita
Thu Dec 30 2021

Zhafran berkhidmat sepenuh hati, menyumbang tenaga untuk rakyat dan masyarakat dalam misi bantuan banjir Selangor. - Foto Mingguan Wanita
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.