SHAH ALAM: Seorang peniaga yang sebelum ini menghadapi tuduhan membunuh kekasih ibunya dihukum penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian lelaki warga Pakistan itu.
Hakim Datuk Abd Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Shah Izwan Mohamad Zaki, 27, selepas meminda pertuduhan membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Muhammad Kashid.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut di Penjara Kajang bermula dari tarikh tangkap, iaitu pada 28 Mac 2019.
Hakim Abd Halim dalam penghakiman ringkasnya berkata berdasarkan keterangan menunjukkan bahawa tiada perancangan awal di pihak tertuduh untuk melakukan pergaduhan, apatah lagi melakukan pembunuhan.
"Punca pergaduhan hingga membawa kepada kematian si mati bermula daripada bibit-bibit provokasi yang berjangkit sebelumnya. Peristiwa terjadi sebenarnya berpunca daripada perbuatan si mati sendiri yang tidak menghormati adat susila serta budaya ketimuran masyarakat di sini.
"Dengan tidak terbendung perasaan amarah disertai dengan apa yang dilihat di hadapan matanya, telah membawa kepada insiden kes ini. Tidak dinafikan, apa yang dialami oleh tertuduh di ketika dan di saat itu, pasti akan melakukan sesuatu, demi maruah diri serta keluarganya serta demi keselamatan adik-adiknya," katanya.
Hakim Abd Halim berkata berdasarkan kepada keterangan yang telah disampaikan, tidak wajar untuk mengatakan yang pembunuhan itu adalah sesuatu yang dirancang dan tindak tanduknya jelas menunjukkan tertuduh tidak mempunyai mens rea (niat) untuk membunuh si mati.
"Antaranya, tertuduh telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut, dia jugalah yang menunggu di bawah rumah ibunya menanti kehadiran pihak polis dan dia jugalah yang melambai-lambai memanggil polis semasa polis tiba," katanya.
"Berpandukan kepada situasi tersebut, tindakan tertuduh ini adalah terjumlah kepada membunuh tanpa niat yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Oleh itu berdasarkan keterangan, hanya kesalahan terhadap (membunuh tanpa niat) itu sahaja yang berjaya dibuktikan pihak pendakwaan terhadap tertuduh.
"Lantas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dipinda dan diperturunkan kepada suatu pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 304(a) kanun sama," katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh seorang lelaki warga Pakistan, Muhammad Kashid di rumahnya pada 28 Mac 2019 antara 4 pagi dan 5.15 pagi dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
Seramai 20 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri dipanggil sepanjang perbicaraan kes tersebut yang berlangsung pada 7 Dis 2020 hingga 15 Feb 2022.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak manakala Peguam Shah Rizal Abdul Manan mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
![Sebabkan kematian kekasih ibu, peniaga dipenjara 13 tahun Sebabkan kematian kekasih ibu, peniaga dipenjara 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648194302_TBBUNUHjpg.jpg)
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut di Penjara Kajang bermula dari tarikh tangkap, iaitu pada 28 Mac 2019.- Foto BERNAMA
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739488186_AliffRakib.jpg)
Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong
Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 bakal menampilkan juara kategori catchweight pada aksi One Championship Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sebagai tetamu jemputan di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini eso
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![Sebabkan kematian kekasih ibu, peniaga dipenjara 13 tahun Sebabkan kematian kekasih ibu, peniaga dipenjara 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648194302_TBBUNUHjpg.jpg)
Sebabkan kematian kekasih ibu, peniaga dipenjara 13 tahun
Dia didapati bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki warga Pakistan.