KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau sama sekali tidak akan menerima sumbangan daripada sumber haram untuk disalurkan kepada Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Tegas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, sebagai seorang Islam, pegangan beliau ialah tidak membenarkan penerimaan sebarang sumbangan daripada aktiviti haram.
Justeru, Presiden UMNO itu berpendirian, sumbangan RM10 juta yang diterima melalui 10 keping cek kepada yayasan berkenaan daripada seorang ahli perniagaan Sarawak adalah daripada sumber yang sah.
Ahmad Zahid yang membela diri terhadap 47 tuduhan penyelewengan dana yayasan terbabit, berkata, ia adalah kerana sumbangan yang diberikan itu dibuat menerusi Wong Sang Woo @ Wong Shuh Chain yang juga Pengarah Chia Bee Enterprise Sdn Bhd yang dikenali sebagai Paul.
“Penderma itu daripada Sarawak dan Paul adalah rakan kongsinya, oleh kerana penderma tidak berada di negara ini, jadi beliau menyerahkan sumbangan melalui Paul.
“Maka, saya tentunya mempunyai pendirian bahawa wang itu bukan wang daripada aktiviti haram atau mana-mana sumber haram.
“Saya sebagai orang Islam, kalau saya mengetahui sumbernya haram maka pasti saya menolak sumbangan sebegitu, itu pegangan saya,” katanya ketika diperiksa semula oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh.
Dalam perbicaraan lalu, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Christ Sheldon Anak Merun memberitahu mahkamah, Ahmad Zahid meminta sumbangan RM10 juta itu daripada Paul pada majlis makan malam pada 2015.
Menurut Sheldo, dalam pertemuan itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberitahu sumbangan terbabit adalah untuk disalurkan kepada orang miskin dan individu yang memerlukan.
Katanya, Ahmad Zahid memperkenalkan dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri dan Paul memperkenalkan dirinya sebagai usahawan dari Singapura yang terbabit dalam pelaburan saham, perniagaan kayu balak, pelaburan harta tanah, pakaian fesyen dan ejen penghantaran.
Ditanya mengenai sumbangan RM7.5 juta yang diterima daripada Yayasan Al-Bukhari, Ahmad Zahid berkata, sumbangan itu diterima daripada rakannya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga bagi sumbangan politik dan amal jariah.
Bagaimanapun, kata beliau, wang berkenaan tidak dimasukkan dalam akaun peribadinya, sebaliknya, ke akaun yayasan menerusi cek.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid juga tidak mengarahkan Omar Ali Abdullah untuk menukarkan wang berkenaan kepada cek, sebaliknya, ia adalah inisiatif pengurup wang (Omar Ali) itu sendiri.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
Astro Awani
Mon Aug 29 2022

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, sebagai seorang Islam, pegangan beliau ialah tidak membenarkan penerimaan sebarang sumbangan daripada aktiviti haram. - Gambar fail Astro AWANI
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

"Sebagai orang Islam, saya pasti tolak jika wang sumbangan dari sumber haram" - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berpendirian sumbangan RM10 juta daripada ahli perniagaan Sarawak kepada Yayasan Akalbudi daripada sumber yang sah.

Desak PRU15 segera bukan kerana takut hukuman mahkamah - Zahid Hamidi
"Mereka yang momokkan perkara itu takut dengan hamba Allah bernama Ahmad Zahid Bin Hamidi selain tidak yakin kepada diri sendiri."

Sumbangan RM13.25 juta untuk aktiviti kebajikan YAB
Ahmad Zahid tegaskan beliau tiada perasaan apa-apa apabila menerima RM13.25 juta kerana sumbangan itu bukan untuk dirinya.

Ahmad Zahid, isteri guna dana Yayasan Akalbudi bayar kad kredit lebih RM1.3 juta - Timbalan Pendakwa Raya
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kreditnya lebih RM1.3 juta.

Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan
Saksi berkata penyelarasan caj tersebut dipersetujui daripada tidak melebihi harga siling RM105 kepada RM205 iaitu masing-masing RM100 untuk OSC, sementara RM105 lagi bagi sistem VLN.