SEPANG: Kerajaan akan menggunakan sebahagian daripada RM100 juta kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membiayai pelajar-pelajar Palestin yang berada di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan persetujuan tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada Jumaat.
Jelas beliau, peruntukan tersebut antaranya bagi membiayai sebahagian kos sara hidup pelajar-pelajar Palestin termasuk pengajian dan kos-kos lain.
"Ini kerana pembiayaan terumatanya daripada ibu bapa mereka telah tidak dapat sampai disebabkan, sama ada keluarga mereka telah tiada lagi disebabkan pengeboman, atau disebabkan oleh punca kewangan atau sistem penghantaran yang telah terputus," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Jumaat malam.
Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan wakil-wakil duta daripada beberapa negara.
Sebelum itu, sejumlah 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai hampir RM7 juta berjaya dikumpulkan bagi disumbangkan kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat serangan Israel.
Penghantaran pertama sebanyak 20 tan dalam bentuk keperluan perubatan dan barangan lain-lain diterbangkan pada malam ini ke Al-Arish Mesir, sementara penghantaran kedua sebanyak 30 tan lagi dijadualkan pada minggu depan.
Barangan bantuan kemanusiaan itu dikumpul menerusi Ops Ihsan, dengan kerjasama lebih 44 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sokongan Kementerian Luar.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali akan mengemukakan senarai penuh para pelajar dan keluarga Palestin yang berada di negara ini kepada Kementerian Luar bagi penyaluran bantuan.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa serta politik yang memberikan sumbangan dalam Ops Ihsan.
"Inilah semangat yang harus terus diperlihatkan oleh rakyat Malaysia.
"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada duta-duta daripada negara sahabat terutama negara Islam yang turut berada di lapangan terbang pada malam ini.
"Ini memperlihatkan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin," tambah Ahmad Zahid.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 03 2023

Ahmad Zahid berkata, Anwar telah menyatakan persetujuan tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada Jumaat - Gambar Astro AWANI
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.