Sebanyak 118,416 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 27 November lepas, meningkat 70 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, dalam tempoh yang sama, sebanyak 164 kematian dilaporkan tahun ini berbanding 118 kematian pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 46 kes (39 peratus).
"Beberapa tindakan bersepadu telah dilaksanakan melalui pasukan petugas khas denggi yang terdiri daripada pelbagai kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) antaranya kempen gotong-royong dan aktiviti pembersihan persekitaran yang dijalankan sebanyak dua kali setahun pada Mac dan September 2019," katanya pada sesi jawab lisan hari ini.
Beliau menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng (PH-Lanang) yang ingin tahu status terkini demam denggi di Sarawak serta Malaysia dan jumlah kematian yang disebabkan oleh demam itu.
Selain itu, Dr Lee berkata, dalam usaha mengawal penyakit itu, kementerian melakukan inisiatif inovasi kawalan denggi iaitu pelepasan telur nyamuk Aedes Wolbachia bagi menggantikan populasi nyamuk aedes liar yang membawa virus denggi.
Katanya, dengan kehadiran bakteria Wolbachia dalam nyamuk aedes akan merencatkan perkembangan virus denggi dalam badan nyamuk dan mengurangkan risiko jangkitan virus denggi kepada manusia lain.
"Operasi ini dilakukan berikutan keputusan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus kes denggi di lokaliti kajian. Fasa pertama operasi ini telah dijalankan di 11 lokaliti di Petaling dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

Menurut Dr Lee Boon Chye berkata, sebanyak 164 kematian dilaporkan tahun ini berbanding 118 kematian pada tahun lepas. - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,624 kes pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 6 Okt hingga 12 Okt, berbanding 1,639 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 37, tiada kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu
Kes demam denggi dilaporkan terus meningkat kepada 2,805 kes pada Minggu Epidemiologi ke-27 (ME 27) iaitu bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai lepas berbanding 2,788 kes pada minggu sebelumnya.

Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.

2 kematian akibat denggi minggu lalu
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,438 kes pada Minggu Epidemiologi ke-25 (ME25) iaitu bagi tempoh 16 hingga 22 Jun berbanding 2,900 kes pada minggu sebelumnya.

KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.

Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,426 kes pada Minggu Epidemologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 19 Mei hingga 25 Mei lepas.

Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.

4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.