Sebanyak 13 buah premis menjual makanan di Ulu Yam, Rasa dan Batang Kali di daerah Hulu Selangor diarah tutup selepas Ops Premis Bersih Bersepadu Daerah Hulu Selangor pada Rabu lepas kerana beroperasi dalam keadaan kotor dengan kehadiran tikus dan lipas di premis berkenaan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata kesemua premis yang diarah tutup itu telah diberi tempoh selama 14 hari untuk melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 10 dan 11 Akta Makanan 1983.
"Antara kesalahan yang dilakukan oleh kesemua premis yang diarah tutup ini adalah lima premis terdapatnya hurungan tikus, sebuah premis terdapat hurungan lipas manakala tujuh premis lagi ditutup kerana markah penilaian kebersihan semasa pemeriksaan yang diperoleh kurang daripada 65 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Khalid berkata dalam operasi bersepadu itu sebanyak 98 buah restoran dan kedai makanan telah diperiksa.
"Sebanyak 113 notis melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 turut telah dikeluarkan kepada pemilik premis dan juga pekerja premis dengan jumlah keseluruhan nilai tawaran kompaun sebanyak RM 60,900.
"Operasi berkenaan turut mengenal pasti seramai 59 pengendali makanan yang bekerja di restoran dan kedai makanan yang tidak memiliki sijil latihan pengendali makanan dan seramai 63 orang tidak mendapatkan suntikan tifoid, kesemua kesalahan ini turut diambil tindakan penguatkuasaan," katanya.
Katanya, operasi berkenaan diselaraskan oleh Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, melibatkan seramai 81 orang pegawai dan mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia.
JKN Selangor katanya akan sentiasa mengadakan operasi di seluruh negeri bagi memastikan pengusaha dan pengendali makanan mematuhi peruntukan undang-undang dan makanan yang disediakan adalah selamat untuk dimakan.
"Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menghubungi JKN Selangor sekiranya mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau terdapat produk makanan yang rosak yang djual di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Antara kesalahan yang dilakukan oleh kesemua premis yang diarah tutup ini adalah lima premis terdapatnya hurungan tikus, dan sebuah premis terdapat hurungan lipas, selain tidak mendapat markah penilaian yang melepasi standard. - Gambar hiasan
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat wanita
Wanita tersebut dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kanser, dan kencing manis.
Pembunuhan Nur Farah Kartini: Polis selesai ambil keterangan pekerja sebuah kebun ubi
Soal siasat polis mendapati, suspek telah pergi ke kebun itu dan beberapa lokasi lain sebelum kejadian.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Geng Ayoi tumpas, tiga lelaki ditahan
Ketiga-tiga suspek yang berumur 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada 3 pagi.
Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.
Ajal selepas berbuka puasa
Setibanya di lokasi, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR itu dipercayai terbabas sendiri di garisan tengah.
Ahmad Faizal kini Ketua Polis Daerah Hulu Selangor
Supt Pengajian Sains Kepolisan Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Supt Ahmad Faizal Tahrim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang baharu.
PRU15: Calon BN tawar 11 aspirasi untuk penduduk Hulu Selangor
Calon Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor, Datuk T. Mohan menawarkan 11 aspirasi untuk penduduk di parlimen itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).