KUALA BESUT: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.
Ketua Pengarahnya Badrul Hisham Alias berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12,398 permohonan direkodkan pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 192 kes berbanding 12,206 kes pada tahun 2022.
"Sabah ialah negeri paling banyak pendaftaran lewat iaitu sebanyak 8,158 kes sejak tahun 2022 diikuti Selangor, Sarawak dan Johor manakala negeri paling sedikit ialah Perlis berjumlah 133 kes.
"Terengganu pula merekodkan 713 kes untuk tempoh yang sama," katanya kepada pemberita pada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) sempena Penyerahan Sijil Kelahiran Daftar Lewat di Kampung Pengkalan Ubi Keling, Kuala Besut di sini hari ini.
Beliau berkata antara yang menjadi faktor kelewatan pendaftaran kelahiran disebabkan masalah kemiskinan, keluarga dan sebagainya.
Sehubungan itu, Badrul Hisham mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk pemimpin setempat, pertubuhan bukan kerajaan, media dan seluruh masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada JPN sekiranya mengetahui masih ada individu yang belum mendaftar kelahiran.
Terdahulu, Badrul Hisham menyerahkan sijil kelahiran kepada dua beradik iaitu Anis Suhada Suheri,7, dan adiknya Rais Rayyan yang berusia setahun.
Media sebelum ini melaporkan kelewatan ibu bapa kanak-kanak berkenaan mendaftarkan anak mereka itu kerana menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan Anis Suhada tidak mendaftar sekolah untuk memasuki Tahun Satu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Badrul Hisham Alias ditemui pemberita selepas program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Perol, Batu 8 hari ini. - Foto BERNAMA

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.