KUALA LUMPUR: Sebanyak 496 notis telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sehingga semalam menerusi Ops Kesan 2024 terhadap peniaga-peniaga yang didapati melakukan perubahan pada harga jualan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata peniaga yang didapati melakukan kesalahan itu perlu menjawab notis berkenan dalam tempoh yang ditetapkan, mengenai asas dan justifikasi mengapa perubahan (harga) dilakukan.
"Ops Kesan 2024 dijalankan sejak 1 Mac lepas bertujuan bagi memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat perubahan harga berikutan peningkatan kadar Cukai Perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus.
"Menerusi operasi yang sama, sejumlah 23,562 premis termasuk di bazar Ramadan dan Aidilfitri juga telah diperiksa oleh KPDN di seluruh negara sejak 12 Mac hingga semalam bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Dalam tempoh berkenaan juga, Armizan berkata KPDN menerima sejumlah 726 aduan daripada pengguna di seluruh negara berhubung isu ketidakpatuhan harga.
"Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan digunakan untuk membendung sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab berhubung kenaikan harga (barang) sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri, termasuk di bazar-bazar Ramadan," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024

Datuk Armizan Mohd Ali berkata peniaga yang didapati melakukan kesalahan itu perlu menjawab notis berkenan dalam tempoh yang ditetapkan, mengenai asas dan justifikasi mengapa perubahan (harga) dilakukan. - Foto BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Ops Kesan: Belum ada petunjuk baharu jejak Acap
Operasi yang bermula seawal 7 pagi itu berakhir sekitar jam 2 petang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai polis.