MELAKA: Sebanyak 7,601 kertas undi pos telah dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada pengundi yang layak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah itu meliputi 6,871 kategori Borang 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media.
Sebanyak 511 kertas undi pos bagi kategori Borang 1B dikeluarkan membabitkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan 113 kategori Borang 1C (sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) serta 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.
Kertas undi pos berkenaan dikeluarkan mengikut peruntukan di bawah peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15.
"Pengeluaran kertas undi pos pada 9 November (Selasa) dijalankan oleh petugas pilihan raya di semua 28 kawasan DUN," katanya.
Ikmalrudin berkata proses pengeluaran kertas undi pos dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.
"Semua pengundi pos diingatkan supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum 5 petang pada hari mengundi 20 November (Sabtu).
"Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial," katanya.
SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November, berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, jumlah itu meliputi 6,871 kategori Borang 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

PRK Nenggiri: SPR keluarkan 41 kertas undi pos, tiada hari mengundi awal
Ia terdiri daripada 41 undi pos Kategori 1A (petugas pilihan raya dan anggota polis), dan dua undi pos Kategori 1C (agensi dan organisasi).

SPR keluar 128 kertas undi pos PRK Sungai Bakap
Kesemua anggota polis terlibat dalam PRK ini telah dikeluarkan kertas undi pos. Oleh itu, tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 2 Julai nanti.

PRK KKB: PN seolah sedar awal mereka akan tewas di KKB - Amirudin
Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengaku kalah apabila membangkitkan soal petisyen tiga hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.

PRK Kemaman: Tiga pengundi awal tunaikan tanggungjawab hari ini
Ketiga-tiga pengundi akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

PRK Kemaman: Polis, tentera, undi pos mulai hari ini, undi awal hanya libatkan tiga pengundi
Kesemua 387 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota tentera yang layak mengundi awal, 28 Nov ini bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman mengundi secara pos, bermula hari ini.

SPR keluar 744 kertas undi pos bagi PRK Kemaman
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 744 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

PRK Pelangai: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 3 Okt ini - SPR
Tiada pusat mengundi awal bagi PRK DUN Pelangai akan dibuka pada 3 Okt ini berikutan kesemua anggota polis telah dikeluarkan kertas undi secara pos.

PRK Johor: PN mendahului undi pos DUN Simpang Jeram
PN mendahului kiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram melalui undi pos.

Undi pos rakyat Malaysia di Singapura kurang memberangsangkan
Setakat ini, hanya dua kertas undi diterima namun berharap jumlah itu akan bertambah pada hari terakhir penyerahan iaitu malam esok.

PRK: SPR keluarkan 304 kertas undi pos Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
SPR telah mengeluarkan 304 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, semalam.