Sebanyak 90 peratus daripada jumlah kes jangkitan HIV/AIDS dalam tempoh 2009 hingga tahun lepas di negara ini adalah akibat kegiatan seks tidak selamat, berbanding 10 peratus akibat suntikan penagihan dadah.
Ketua Sektor HIV/STI dan Hepatitis C, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman berkata daripada peratusan jangkitan akibat seks tidak selamat itu pula, kira-kira 50 peratus adalah daripada golongan homoseksual dan 40 peratus heteroseksual.
Beliau berkata trend berkenaan mengalami perubahan ketara sejak apedemik HIV/AIDS pertama kali dikesan di negara ini pada 1986 yang mana golongan penagih dadah adalah kumpulan paling ramai dikesan dijangkiti penyakit itu.
"Kajian dilakukan ke atas empat kumpulan berisiko tinggi menghidap HIV/AIDS -- iaitu penagih dadah, lelaki mengadakan hubungan seks sejenis, transgendar dan pekerja seks -- mendapati kadar jangkitan melibatkan kumpulan itu meningkat kecuali penagih dadah.
"Penurunan kes jangkitan melibatkan penagih dadah disebabkan beberapa faktor utama khususnya usaha berterusan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan antara Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan dan Terapi Gantian Metadon bermula 2006," katanya kepada pemberita di Bandar Hilir di sini pada Selasa.
Beliau ditemui selepas perasmian Persidangan Kebangsaan 'Cities Getting to Zero HIV 2018' di sini, disempurnakan Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong dan turut dihadiri Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Ghazali Othman.
Anita berkata jangkitan HIV/AIDS sukar dikesan dalam kalangan pengamal seks tidak selamat kerana tiada platform atau kriteria khas yang menunjukkan mereka penghidap penyakit berkenaan pada peringkat awal sehingga mereka jatuh sakit berbanding penagih dadah kerana saringan dilakukan di penjara dan pusat serenti.
Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi perlu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mencegah jangkitan berkenaan melalui saringan serta membuang rasa malu terhadap stigma atau persepsi masyarakat terhadap penghidap HIV/AIDS.
Sementara itu, beliau berkata jumlah kes HIV/AIDS di negara ini menunjukkan pola mendatar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu purata 3,300 kes setahun dan ini membimbangkan dalam usaha kerajaan mencapai sifar HIV/AIDS menjelang 2030.
Katanya, 70 peratus daripada golongan yang dijangkiti HIV/AIDS adalah mereka yang berusia 29 hingga 39 tahun dan lelaki mendominasi jumlah tertinggi dijangkiti penyakit itu berbanding wanita pada nisbah 8:1.
Dalam pada itu ketika berucap merasmikan persidangan itu, Low berkata bilangan penghidap penyakit HIV/AIDS di negara ini dianggarkan 73,557 orang dengan kadar jangkitan 10.5 peratus untuk setiap 100,000 penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 04 2018

Low (dua, kiri) menandatangani replika Buku Pelan Tindakan Projek Bandaraya Melaka Menuju Sifar HIV 3.0 sebagai simbolik perasmian Persidangan Kebangsaan 'Cities Getting to Zero HIV 2018', 4 Sept, 2018. Turut hadir, Ghazali (kiri). --fotoBERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.

Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.

Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.

124 kes HIV baharu di Johor - Exco
Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.

Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022
Johor Bahru melaporkan kes HIV baharu tertinggi iaitu 122 kes.

Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.

Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.

MAF, Perkeso jalin kerjasama bantu pencarum HIV/AIDS
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeson) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF) jalin kerjasama bagi memperkasakan ODHA dalam kalangan pencarum.