KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah di Perlis dan seorang guru tuisyen di Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan COVID-19 dan vaksin virus itu, menjadikan mereka individu awal didakwa di negara ini di bawah Ordinan Darurat.
Di PERLIS, Norjannah Rusli, 28, didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen Kangar selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu berhubung wabak itu menggunakan perkhidmatan status WhatsApp dengan niat untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam.
Ibu kepada dua anak itu melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau, pada 10.31 pagi 18 April lepas.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Hakim Musyiri Peet menasihati wanita itu agar lebih bertanggungjawab ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Perlis Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan yang dibantu peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Che Ahmad.
Pada 20 April lepas, Bernama melaporkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung maklumat tular di media sosial mendakwa sembilan pelajar di sebuah sekolah menengah disahkan positif COVID-19, yang mengundang rasa panik ibu bapa serta pelajar di sekolah seluruh negeri.
Di JOHOR, seorang guru di pusat tuisyen Mohd Nazaruddin Yusoff, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menerbitkan berita tidak benar berhubung kematian akibat vaksin COVID-19 menggunakan aplikasi Facebook menerusi profil "Mohd Nazaruddin Yusoff".
Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat sama dan dituduh atas seksyen serupa.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian pada 11.50 pagi, 21 April lepas.
Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan Mohd Nazaruddin yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Kes dikendalikan PPN Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021

Mohd Nazaruddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menerbitkan berita tidak benar berhubung kematian akibat vaksin COVID-19. - Gambar/ Bernama

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Guru tuisyen ditemukan mati dengan kesan kelar di leher
Wanita itu ditemui dalam keadaan terlantar berlumuran darah di atas lantai di tingkat dua sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat tuisyen.

Amang seksual: Guru tuisyen kena penjara enam tahun, tiga sebatan
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang guru tuisyen dipenjara enam tahun dan disebat tiga kali kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, empat tahun lepas.

Bekas guru tuisyen didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram
Tertuduh didakwa menerima RM12,000 hasil aktiviti pengubahan wang haram berkaitan penjualan bayi.

Sebar berita palsu COVID-19: Suri rumah didenda RM5,000, guru tuisyen mengaku tidak salah
Seorang suri rumah di Perlis dan seorang guru tuisyen di Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan COVID-19.

Guru mengaku bunuh isteri guna rak penyidai baju
Sebelum kejadian, kedua-dua suami isteri itu bertengkar menyebabkan suspek memukul mangsa di bahagian kepala.

Guru tuisyen wanita cedera dalam cubaan samun
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya balik dari pusat membeli-belah, sebelum dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

Jadi guru tuisyen peluang graduan jana pendapatan
Menjadi guru tuisyen mampu mengeluarkan siswazah daripada kepompong pengangguran serta meluaskan kemahiran interaksi sosial mereka dengan masyarakat.

Guru nyaris kerugian RM4,800 gara-gara cinta si mata biru
Wanita berusia 25 tahun tersebut dihubungi 'teman lelakinya' yang memberitahu dia telah mengirimkan pelbagai barangan termasuk sebuah beg tangan berjenama Furla dan satu unit telefon bimbit iPhone 7.

Guru tuisyen didakwa rangsang tiga kanak-kanak lakukan kelucahan melampau
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di rumah sewanya di Lengkok Mahsuri, Bayan Baru dekat sini dari Februari hingga Mei lepas.