KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha dalam menangani isu maklumat dan berita palsu dalam kalangan rakyat terutama di media sosial.
Jelasnya, antara usaha itu adalah dengan menubuhkan portal Sebenarnya.my pada 2017 yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Kewujudan berita palsu dalam medium komunikasi akan menyekat masyarakat daripada berkomunikasi dan mengurangkan keupayaan komuniti untuk terlibat dalam wacana produktif.
"Sebenarnya.my ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai sumber kerajaan yang boleh dipercayai.
"Ia untuk orang ramai mengesahkan maklumat yang mereka terima melalui skrin mereka," katanya.
Tambahnya, Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi mangsa peningkatan maklumat salah dan berita palsu yang sukar dibendung dalam dunia tanpa sempadan.
Lebih lagi apabila pandemik COVID-19, telah mengubah cara masyarakat berkomunikasi yang lebih menuntut penggunaan sosial media dan internet.
Mengulas lanjut ujarnya, cabaran turut dihadapi oleh pengamal media apabila transformasi digital berlaku.
"Pengamal media akan bersetuju dengan saya bahawa pendigitalan telah mencabar kod etika kewartawanan secara berterusan.
"Adakah kita akan menyiarkannya sebelum mendapat semua sisi cerita? Adakah kita mengulangi apa yang dikatakan oleh orang lain tanpa pengesahan? Sekiranya kita tidak menerbitkannya sekarang, adakah kita akan kehilangan pembaca dan penonton kita? Adakah beretika untuk menulis asas cerita pada teks (aplikasi) WhatsApp?" ujarnya lagi.
"Adakah gambar itu dihantar (untuk disunting di) Photoshop? Adakah kita masih akan menyiarkannya? Adakah ia betul dari segi moral? Ini adalah soalan-soalan yang sering ditanya oleh pengamal media yang beretika," katanya lagi.
Annuar berkata demikian dalam ucapan rasminya yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) K-KOMM Mastura Ahmad Mustafa dalam Forum Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Kewartawanan Dalam Tawanan Dunia Digital secara maya pada Rabu.
Fareez Azman
Wed Jun 08 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha dalam menangani isu maklumat dan berita palsu dalam kalangan rakyat terutama di media sosial. - Bernama
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.