Mahkamah Majistret di sini menetapkan 28 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes membabitkan seorang pemilik bot katamaran yang karam sehingga mengorbankan tiga pelancong China di Pulau Mengalum, 28 Jan lepas.
Ketetapan itu dibuat Majistret Jessica Ombou Kakayun di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini semalam selepas tertuduh Leong Vin Jee, 43, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membawa penumpang melebihi had dibenarkan lesen bot miliknya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Leong dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan.
Menurut peguam tertuduh, Erward Paul, ketika dihubungi, berkata prosiding mahkamah terpaksa dijalankan di wad hospital bagi memudahkan mahkamah merekodkan keterangan saksi yang masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Sabtu lepas, tekong bot berkenaan, Sharezza Sailin, 26, dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang sama dengan Leong.
Dalam tragedi 10 pagi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.
Setakat ini 25 mangsa dijumpai termasuk tiga yang maut. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 06 2017
Dalam tragedi 10 pagi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum. - fotoBERNAMA
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
Sebutan semula kes pemilik bot Katamaran karam pada 13 Mac
Bot pelancong jenis Katamaran yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum menyebabkan kematian empat pelancong China setakat ini.
Bot karam: Operasi SAR akan diteruskan - APMM
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) enam lagi mangsa tragedi bot karam di Sabah yang masih hilang akan diteruskan.
Sebutan semula kes pemilik bot pelancong karam 28 Feb
Ketetapan itu dibuat Majistret Jessica Ombou Kakayun semalam selepas tertuduh Leong Vin Jee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membawa penumpang melebihi had dibenarkan lesen bot miliknya.
Tragedi katamaran: Nelayan temukan satu mayat - APMM
Nelayan tempatan jumpa satu mayat wanita yang tersangkut pada pukat tunda mereka di perairan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga pagi tadi, kata APMM.