BERA: "Sedar-sedar mak dah tiada selepas puas dipanggil tiada maklum balas," kata Muhammad Khairi Ramadan Mohd Haris, 22 selepas ibunya, Siti Zuliana Said, 52, maut dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon dalam kejadian samun di Felda Mengkuang di sini pada Selasa.
Anak bongsu daripada lima beradik itu memberitahu langsung tidak menyedari kejadian yang berlaku terhadap ibunya.
Menurutnya, dia dan ibunya sempat ke masjid bersama-sama menunaikan solat Subuh tetapi pulang ke rumah bersendirian kerana ibunya mahu mengaji di masjid tersebut.
"Saya memang tak sedar apa-apa sebab lepas balik dari masjid saya rehat dalam bilik.
"Saya sedar bila ayah panggil saya beritahu dia sakit kepala dan paip air dalam bilik air bocor.
"Saya masuk bilik mak saya untuk ambil peralatan untuk baiki paip, tapi saya tengok keadaan mak saya terbaring sahaja. Saya panggil dia tapi tiada maklum balas," katanya lagi.
Ujarnya, ketika kejadian, ayahnya Mohd Haris Ibrahim, 60 berada di ruang tamu sebelum secara tiba-tiba didatangi suspek dari belakang lalu mencekik ayahnya sebelum dihentak dengan objek keras di bahagian belakang kepala.
"Ayah pengsan sekejap, selepas itu dia panggil saya. Mungkin masa itu, ayah belum sedar dengan apa yang berlaku pada mak," jelasnya.
Sementara itu, jiran mangsa, Saaniah Naim, 57, terkejut dan terkilan dengan kejadian yang menimpa mangsa.
Menurutnya, mangsa sempat singgah di gerai miliknya membeli nasi lemak dan kuih-muih selepas pulang berjalan kaki dari masjid.
"Katanya dia rindu nak makan nasi lemak saya. Ralat betul rasanya sebab tak sampai tiga jam jumpa dengan arwah, saya dimaklumkan arwah dah tiada.
"Arwah juga sempat minta maaf kerana akan menunaikan umrah pada Disember depan," ujarnya lagi.
Jelasnya, kejadian yang menimpa mangsa hanya diketahui selepas dimaklumkan oleh anaknya yang kebetulan hendak memotong rumput di rumah mangsa. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 05 2022
!['Sedar-sedar mak dah tiada' 'Sedar-sedar mak dah tiada'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657058975_mangsamaut.jpg)
Keadaan di rumah mangsa yang menyebabkan mangsa maut dalam kejadian pada Selasa. (Gambar kecil: Muhammad Khairi Ramadan Mohd Haris, Saaniah Naim)
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
Puluhan negara ikrar sokongan padu terhadap ICC
Sebanyak 79 negara tegaskan sokongan berterusan terhadap ICC, menegaskan peranan pentingnya dalam keadilan antarabangsa selepas sekatan ekonomi dan perjalanan yang dikenakan oleh Trump.
!['Sedar-sedar mak dah tiada' 'Sedar-sedar mak dah tiada'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657058975_mangsamaut.jpg)
'Sedar-sedar mak dah tiada'
Mangsa maut dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon dalam kejadian samun di Felda Mengkuang.