KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor mengarahkan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) agar meneruskan pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Serudong, Kalabakan dan Bantul, Pagalongan.
Beliau berkata SEDIA, yang merupakan pihak berkuasa negeri bagi pembangunan bandar sempadan, perlu meneruskan projek itu kerana ia merupakan antara projek pembangunan utama untuk Sabah.
Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA berkata kos pembangunan CIQS Kalabakan dianggarkan sebanyak RM815 juta dan daripada jumlah itu, RM600 juta adalah untuk pembinaan jalan sepanjang 39 km manakala RM215 juta untuk pusat CIQS.
"Bagi projek pembangunan CIQS di Pagalongan termasuk pembinaan jalan raya akan menelan belanja sebanyak RM509.4 juta," katanya menerusi kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah SEDIA di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Pada 23 Mac lepas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menjawab secara bertulis soalan Ma'mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) di Parlimen, dilaporkan berkata bahawa pembinaan CIQ Kalabakan ditangguhkan berikutan tiada peruntukan diberikan Kementerian Kewangan.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berkata Unit Perancang Ekonomi (EPU), Pejabat Perdana Menteri telah memaklumkan unit itu tidak mempunyai bantahan terhadap projek berkenaan tetapi menasihati SEDIA untuk meneruskan perkara itu dengan kementerian berkaitan.
Beliau berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sebanyak RM187.5 juta telah diperuntukkan kepada SEDIA untuk tujuh projek dan sehingga Februari tahun ini, SEDIA telah menerima sebanyak RM74.25 juta.
Antara projek mega di bawah RMK12 ialah cadangan Pelan Tindakan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) untuk pembesaran pelabuhan kontena Teluk Sapangar yang juga merupakan projek pertama di Sabah melaksanakan Program Kolaborasi Industri (ICP).
"Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa nilai kredit ICP bagi cadangan pembesaran pelabuhan kontena Teluk Sapangar setakat ini telah mencecah RM493 juta atau 54.8 peratus merangkumi sembilan projek," katanya.
Hajiji berkata, SEDIA akan melaksanakan 30 inisiatif di bawah SDC 2030 sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi seimbang di seluruh Sabah antaranya menangani kesan pandemik merangkumi lima teras strategik iaitu ekosistem perniagaan, ekonomi, modal insan, pembangunan sosial dan kemampanan alam sekitar.
Katanya, SDC 2030 diselaraskan dengan RMK12 Kempen Keluarga Malaysia dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) serta Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Dalam pada itu, Hajiji berkata sejumlah RM58.8 juta telah diagihkan kepada 41 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Parlimen di Sabah untuk menaik taraf infrastruktur awam dan pembasmian kemiskinan di kawasan SEDIA di bawah projek kecil, berimpak tinggi dan berjiwa rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Hajiji berkata kos pembangunan CIQS Kalabakan dianggarkan sebanyak RM815 juta dan daripada jumlah itu, RM600 juta adalah untuk pembinaan jalan sepanjang 39 km manakala RM215 juta untuk pusat CIQS. - Gambar fail
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak petang ini terus berkurangan, manakala beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Lori muatan pasir terbabas, pemandu warga emas maut
Seorang lelaki warga emas maut apabila lori muatan pasir yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kampung Menggaris, di sini pada Sabtu.
Pos Felda Selatan bernilai RM1.8 juta tingkat keselamatan di sempadan Sabah
Pewujudan Pos Imbangan Tentera Felda Selatan bernilai RM1.8 juta yang siap pada 27 Sept lepas dijangka mampu meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara di Sabah.
Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.