KUANTAN: Polis Pahang sedia menambah penugasan anggotanya di Pulau Tioman dan Genting Highlands bagi memantau aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) apabila destinasi itu mula dibuka kepada pelancong Oktober ini.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya sedang mengkaji dan akan mencontohi 'pengalaman serta amalan' polis di Pulau Langkawi, Kedah, yang sudah menerima kehadiran pelancong bermula 16 Sept lepas.
"Kita sedang lihat dan mungkin ada pengajaran di sana (Pulau Langkawi) yang boleh kita sesuaikan dengan keadaan di Pulau Tioman dan Genting Highlands, selain ada perancangan menggunakan dron bergantung kepada kesesuaian.
"Pemantauan ketat bukan hanya di destinasi gelembung pelancongan, bahkan kawasan tumpuan ramai lain kerana Pahang sudah memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermakna tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) antara daerah," katanya selepas meninjau pematuhan SOP di pantai Teluk Cempedak dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.
Pada Selasa lepas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan Pulau Tioman dan Genting Highlands antara tiga destinasi baharu akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan negara pada 1 Okt ini.
Ramli berkata dalam keterujaan menerima semula kehadiran pengunjung, pengusaha pelancongan turut dinasihatkan tidak mengabaikan aspek pematuhan seperti disyaratkan supaya tidak berlaku penularan COVID-19.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan mencadangkan sistem giliran di lokasi tumpuan bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan penjarakan sosial, seperti dilakukan sebelum ini di Teluk Cempedak.
Sementara itu, mengulas kesesakan yang berlaku di PPV itu pada sebelah pagi tadi sehingga tular di media sosial, beliau berkata ia berlaku disebabkan orang ramai keluar serentak susulan pemberian vaksin kepada remaja bersekolah luar Pahang secara jumpa terus bermula hari ini.
Bagaimanapun, katanya kesesakan dapat diselesaikan menerusi tindakan pihak penguat kuasa serta kerjasama ibu bapa dan berharap mereka yang mahu mendapatkan suntikan secara tanpa janji temu di PPV itu sehingga esok terus mematuhi SOP ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021

Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya sedang mengkaji dan akan mencontohi 'pengalaman serta amalan' polis di Pulau Langkawi, Kedah, yang sudah menerima kehadiran pelancong bermula 16 Sept lepas. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Tukun gerabak LRT pertama di Pulau Tioman
Pulau Tioman menjadi pulau pertama di negara ini melabuhkan tukun tiruan gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Sultan Pahang zahir hasrat jadikan Pulau Tioman pulau contoh
Sejajar pengumuman Pulau Tioman sebagai Pulau Tenaga Hijau, Sultan Pahang menzahirkan harapan menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau contoh.

Kerajaan Pahang dalam proses pengambilan tanah naik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman
Kerajaan Negeri Pahang menerusi Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri dalam proses permohonan pengambilan tanah bagi menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman.

Pembinaan lapangan terbang baharu Pulau Tioman tidak diteruskan - Nik Nazmi
Mesyuarat Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu.

Agong tinjau proses naik taraf Jeti Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Tambang feri penduduk Pulau Tioman RM20 sehala mulai Januari
Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan.

UMP, TDA meterai MoU di dasar laut
Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha membangunkan organisasi terutama dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, pembangunan, dan program bersama komuniti di Tioman.

Pulau Tioman masih selamat dikunjungi
Ribut hanya berlaku satu hingga dua jam dan selepas itu hanya tinggal angin dan ombak yang tidak berbahaya.

Agong berkenan berangkat ke Program Ziarah Kasih di Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang hari ini.

Hanya pelancong yang sudah buat tempahan sahaja dibenarkan ke Pulau Tioman
Pelancong yang ingin mengunjung ke Pulau Tioman diwajibkan membuat tempahan bilik selain lengkap dua dos vaksin COVID-19 sebelum dibenarkan ke pulau peranginan tersebut.