KOTA KINABALU: Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata PPV berkenaan terdiri daripada klinik dan hospital kerajaan, mahupun swasta.
"Pemberian vaksin juga diadakan di sekolah malah JKNS juga ke kawasan luar seperti pulau dan hutan (pedalaman) serta terbuka juga kepada setiap jabatan, jika memerlukan vaksin sila maklumkan kepada JKNS," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran bilik laktasi yang pertama di Sabah dan merasmikan mesyuarat pertama Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu (AKKSI) di Dewan KPLB di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun dilaporkan berkata seramai 73,545 atau 17.88 peratus kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.
BACA: COVID-19: Kes baharu di Sabah menurun, tiga kluster tamat
Dr Rose Nani berkata ibu bapa perlu peka mengenai pemberian vaksin terhadap anak-anak mereka sebagai perlindungan daripada virus COVID-19 apabila menjelang waktu persekolahan nanti.
Dalam pada itu, beliau berkata pemberian vaksin dan booster dalam kalangan orang dewasa berjaya menurunkan jumlah kes kematian, selepas mencapai kadar 75 peratus status vaksinasi di negeri itu pada Disember tahun lepas.
Mengenai program itu, katanya bilik laktasi berkenaan adalah hasil inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah untuk kemudahan kakitangan kementerian itu.
"Usaha berkenaan perlu dicontohi oleh setiap kementerian mahupun agensi swasta untuk memberi kemudahan kepada ibu-ibu yang bekerja, agar dapat menyusukan bayi masing-masing," katanya.
Beliau berkata JKNS bersedia untuk memberi bantuan dari segi nasihat dan teknikal, melalui projek tanggungjawab sosial korporat bersama kementerian mahupun agensi yang mewujudkan bilik laktasi, sekali gus menyokong usaha JKNS menggalakkan penyusuan susu ibu untuk tumbesaran generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
![Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647083709_TBUGGAHPICKIDS.jpg)
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![FDA lulus vaksin COVID-19 untuk cegah Omicron bagi kanak-kanak seawal 6 bulan FDA lulus vaksin COVID-19 untuk cegah Omicron bagi kanak-kanak seawal 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653873521_PICKidsGeneric.jpg)
FDA lulus vaksin COVID-19 untuk cegah Omicron bagi kanak-kanak seawal 6 bulan
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) meluluskan vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas bagi mencegah varian Omicron.
![COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653873521_PICKidsGeneric.jpg)
COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS
Vaksin tersebut perlu diberi kepada kanak-kanak berumur seawal enam bulan hingga empat tahun.
![PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644843284_TBROSEVAKSIN.jpg)
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
![1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat semalam 1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649725003_Suntikankanakkana.jpg)
1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat semalam
Sejumlah 1,728,942 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
![COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653195437_ProgramImunisasiKa.jpg)
COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi
Sebanyak 1,671,828 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
![28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652406287_MickeyMouse.jpg)
28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,596,416 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
![PICKids: KPLB aktifkan semula pasukan khas di perkampungan Orang Asli PICKids: KPLB aktifkan semula pasukan khas di perkampungan Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649809482_TimbalanMenteriPem.jpg)
PICKids: KPLB aktifkan semula pasukan khas di perkampungan Orang Asli
Ia bagi memberi galakan dan penerangan kepada kanak-kanak Orang Asli untuk menerima vaksin menerusi PICKids.
![Lebih 22,000 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19 Lebih 22,000 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647083709_TBUGGAHPICKIDS.jpg)
Lebih 22,000 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sejumlah 1,351,441 kanak-kanak 5-11 tahun (38 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
![Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647083709_TBUGGAHPICKIDS.jpg)
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
![Vaksin kanak-kanak penting untuk fasa peralihan ke endemik - KKM Vaksin kanak-kanak penting untuk fasa peralihan ke endemik - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646400896_PICKids.jpg)
Vaksin kanak-kanak penting untuk fasa peralihan ke endemik - KKM
Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19, kata Kementerian Kesihatan.