KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berharap kerajaan segera melaksanakan kad warga asing bagi mengelakkan berlaku sebarang manipulasi daripada kumpulan ekstremis.
Penasihat MHO Tan Sri Musa Hassan berkata sekiranya warga asing dan golongan tidak berdokumen tidak dibantu, ia akan menimbulkan unsur kebencian seterusnya menyebabkan mereka menjadi musuh dalam masyarakat.
"Kita tidak mahu mereka ini (warga asing) dimanipulasi oleh kumpulan ektremis yang akhirnya akan mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara.
"Kad warga asing ini dapat mengenal pasti latar belakang mereka dan memudahkan penguat kuasa untuk mengambil tindakan serta memastikan mereka tidak terlibat dengan mana-mana pihak yang boleh membahayakan negara," katanya pada sidang media mengenai dokumentasi warga asing dan kumpulan tidak bernegara di seluruh Malaysia di sini hari ini.
Musa yang juga bekas Ketua Polis Negara berkata kerajaan perlu meneliti dalam memilih individu yang layak menerima kad warga asing itu dan melaksanakan sistem biometrik dalam kad tersebut bagi mengelakkan ia disalah guna dan mengukuhkan ciri keselamatannya.
Musa menjelaskan pemberian kad kepada warga asing dan golongan tidak berdokumen termasuk pendatang tanpa izin itu bukan bermaksud memberi kewarganegaraan kerana pemberian kewarganegaraan tertakluk kepada syarat jelas yang ditetapkan dalam Perlembagaan negara.
"Identiti (kad) itu perlu diberikan atas faktor keselamatan dan kemanusiaan. Bukan makna dapat pengenalan dia jadi warganegara... Itu mahu main politik, jangan jadikan ini isu politik," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Sabah menyatakan akan mewujudkan kad warga asing sebagai dokumen bagi kerajaan mengenal pasti keberadaan warga asing yang tinggal lama di Sabah termasuk kanak-kanak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata apabila mereka dikenal pasti sebagai warga asing, mereka mungkin boleh digunakan sebagai tenaga kerja dan diberikan kad pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Musa yang juga bekas Ketua Polis Negara berkata kerajaan perlu meneliti dalam memilih individu yang layak menerima kad warga asing itu. - Gambar fail
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

Segera laksana kad warga asing elak manipulasi kumpulan ekstremis - Musa Hassan
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berharap kerajaan segera melaksanakan kad warga asing bagi mengelakkan berlaku sebarang manipulasi daripada kumpulan ekstremis.

KDN cadang wujudkan kad warga asing di Sabah - Hamzah
Kementerian Dalam Negeri akan melihat semula pemberian kad warga asing kepada semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Sindiket kad warga asing cuba kaut untung kira-kira RM1 juta, digagalkan polis
Seramai enam ahli sindiket melibatkan empat lelaki dan dua wanita tempatan berjaya dicekup dalam kejadian berkenaan.