PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memberi jaminan bahawa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan menjadi fokus utama beliau agar dapat dilaksanakan segera.
"Insya-Allah, ini jadi fokus utama dan saya tahu ramai penjawat awam di luar sana amat mengharapkan SSPA ini menjadi satu kenyataan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengetik kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.
Beliau turut menyifatkan mengemudi JPA merupakan tanggungjawab yang besar terutama ketika satu sistem saraan baharu perlu disiapkan.
"Itu yang akan menjadi fokus saya dan juga pesanan daripada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) untuk mempercepatkan lagi proses SSPA," katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata aspek pendigitalan untuk perkhidmatan awam serta langkah meningkatkan daya saing penjawat awam juga menjadi keutamaan beliau.
"Melihat dari segi pendigitalan untuk perkhidmatan awam yang merupakan satu perkara baharu yang perlu diterokai penjawat awam seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan, penjawat awam tidak boleh ketinggalan dan kita mesti seiring dengan perkembangan semasa," katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin JPA.
Aspek daya saing penjawat awam, katanya, turut perlu diberi perhatian kerana perkara itu ditekankan oleh Perdana Menteri agar mereka memiliki ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan keadaan semasa.
Wan Ahmad Dahlan berkata beliau juga difahamkan bahawa JPA mempunyai kerangka berdasarkan Program Penempatan Silang dan ia akan ditambah baik supaya cepat memberi keberkesanan kepada program itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz sebelum mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ASEAN 2025: Pegawai awam perlu sumbang tenaga, buah fikiran agar negara raih manfaat
Pegawai awam berperanan memastikan Malaysia meninggalkan legasi yang positif dan bermakna untuk tahun-tahun akan datang, baik di rantau Asia Tenggara mahupun di peringkat global.

Penjawat awam diminta kemas kini PADU
Semua penjawat awam diminta agar mengemas kini maklumat dan data di dalam Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya 15 Februari ini.

Segerakan pelaksanaan SSPA jadi fokus utama KPPA baharu
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu memberi jaminan bahawa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan menjadi fokus utama beliau.

Cuepacs harap KPPA baharu beri keutamaan segerakan pelaksanaan kadar upah yang adil
KPPA yang baru dilantik, diharap dapat memberikan keutamaan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil untuk penjawat awam.

Wan Ahmad Dahlan dilantik KPPA baharu
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu berkuat kuasa esok.

Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar
Penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.

Ketua Setiausaha, ketua jabatan perlu serius terhadap teguran LKAN - KPPA
Ketua Setiausaha dan ketua jabatan diingatkan beri perhatian serius terhadap teguran bagi mengurangkan isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa.

Bantuan Khas Penghargaan penjawat awam 2023 dibayar 10 Ogos
Bayaran RM300 akan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah.

Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 diawalkan 14 April
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April ini.

Johan dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Zulkapli Ketua Pengarah JPA
Kedua-dua pelantikan tersebut berkuat kuasa 27 Februari 2023.