KUALA LUMPUR: Jenama radio nombor satu di Malaysia, Era memperkenalkan segmen-segmen hujung minggu yang diperbaharui, sempena meraikan sambutan ‘Era 25 Tahun’ dalam dunia penyiaran.
Era telah mengukir nama sejak diperkenalkan pada 1998 dan kini menjadi radio utama kepada kira-kira 5.7 juta pendengar mingguan dengan menyajikan kandungan berinformatif dan menghiburkan menerusi segmen-segmen menarik, di udara dan di aplikasi Syok.
Bermula 12 Ogos ini, seluruh rakyat Malaysia berpeluang berhibur dengan pelbagai segmen hujung minggu yang telah disusun khas dengan membawa program yang dinamik dan pelbagai di radio.
Dengan gabungan muzik, temu bual eksklusif dan topik-topik menarik, pendengar dari semua peringkat umur akan menemui sesuatu yang menggembirakan di hujung minggu.
Antara segmen baharu di hujung minggu adalah seperti berikut:
• Super Safee Era: Penampilan khas pemain bola ternama negara, Safee Sali sebagai, personaliti jemputan Era akan berkongsi informasi terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan. Segmen ‘Super Safee Era’ akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 10 pagi, setiap Sabtu.
• Seram Sabtu Era: Segmen ini akan berkongsi cerita-cerita seram yang yang pernah dilalui oleh pendengar dan perkongsian di media sosial akan disampaikan semula oleh personaliti misteri di Era. Segmen ‘Seram Sabtu Era’ akan bersiaran bermula 12 Ogos, jam 11 malam, setiap Sabtu.
• Throwbaek Era: Khusus buat pencinta lagu-lagu popular dan terbaik sekitar tahun 1990-an hingga 2000, Era akan memainkan rangkaian karya terbaik tahun-tahun berkenaan yang menjadi pilihan pendengar. Segmen ‘Throwbaek ERA’ akan ke udara pada 12 tengah hari hingga 1 petang, setiap Ahad.
• Soundtrek Era: Jarang sekali stesen radio memberi perhatian pada segmen ini, justeru Era merintis inisiatif dengan akan memainkan pilihan lagu yang menjadi runut bunyi (soudtrack) dalam filem serta drama tempatan dan antarabangsa. Segmen ‘Soundtrek Era’ akan ke udara pada jam 1 petang hingga 2 petang, setiap Ahad.
Kalau senarai di atas belum cukup, pendengar-pendengar Era juga boleh terus berhibur dengan segmen-segmen di hujung minggu yang tersedia ada termasuk ‘Sabtu Pagi Era’ bersama Namie dan Hawa Rizwana; ‘Carta Era 40’ bersama Elly Mazlein @ Lina Pom Pom; ‘Flow Era’ bersama Zahier; ‘Hallyu Era’ bersama Munaa Bella dan “Lagu Baru Nak Up” bersama Fazziq.
Usaha memperkenalkan segmen-segmen baharu, kata Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil sebagai menterjemahkan rasa terima kasih stesen radio di bawah naungan Astro itu kepada pendengar-pendengar setia.
Dalam masa sama, pengenalan dan penambah baikan segmen itu juga, jelas Hani, sebagai meraikan ulang tahun ke-25 stesen berkenaan.
“Kami teruja untuk meraikan ulang tahun ke-25 Era yang merupakan bukti semangat dan dedikasi pasukan kami kepada para peminat yang memberi sokongan untuk segmen-segmen terbaik yang merangkumi 3 Pagi Era, ERARATHON, Gempak Hit Era, 101 Era dan PM40 Era.
“Oleh itu, kami berbesar hati untuk memperkenalkan Era terkini dengan segmen hujung minggu yang diperbaharui, termasuk Super Safee Era bersama Safee Sali, Seram Sabtu Era bersama personaliti misteri Era, serta Throwbaek Era dan Soundtrek Era.
“Era akan sentiasa menawarkan kandungan menarik bukan sahaja melalui corong radio tetapi juga menerusi platform digital, sekali gus mengekalkan identiti kami sebagai penanda aras dan pencipta arah aliran dalam industri radio tanah air. Kami juga berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminat Era selama 25 tahun ini,” ujar Hani lagi.
Astro Awani
Wed Aug 09 2023
Wajah-wajah personaliti Era yang menjadi barisan hadapan stesen radio nombor satu di Malaysia.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Pelanggan datang ke gerai tiba-tiba makan 'free', Pak Azad 3 Pagi ERA belanja makan! Apa cerita?
Pengacara 3 Pagi ERA, Azad Jasmin atau lebih mesra disapa dengan panggilan 'Pak Azad' hari ini membuat kejutan apabila membelanja makan semua pelanggan di beberapa gerai di Lembah Kelang.
"Nd sayang mama" - Ibu Radin Era meninggal dunia
Salam Takziah buat Radin dan keluarga
Neelofa 'mengadu' sakit tulang, mahukan tukang urut segera!
Terbaharu hos acara berkenaan Neelofa mendedahkan mengalami sakit tulang selepas mengadakan persembahan tarian dalam malam yang berprestij itu.