BIRMINGHAM: Bagi peminat sukan di Malaysia, mereka mungkin mengenali Birmingham sebagai tuan rumah kepada kejohanan badminton tertua di dunia All England ataupun sebagai tempat asal kelab bola sepak England, Birmingham City Football Club.
Bagaimanapun tahun ini, bandar raya terbesar di United Kingdom (UK) itu menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel edisi ke-22, yang juga merupakan temasya sukan terbesar dianjurkan di England selepas Sukan Olimpik London 2012.
Penduduk Birmingham yang dikenali sebagai 'Brummies' mengucapkan selamat tinggal kepada para atlet temasya tersebut yang menutup tirai semalam dan pastinya, penganjuran kejohanan sukan setiap empat tahun itu meninggalkan impak berpanjangan kepada bandar raya itu dan West Midlands secara keseluruhan.
Penduduk di pusat bandar, Louisa Lewis, 34, gembira melihat Birmingham menjadi bandar ketiga dipilih sebagai tuan rumah acara tersebut selepas London 1934 dan Manchester 2002, memandangkan penganjuran itu membuka ruang kepada orang ramai terutama peminat sukan di seluruh dunia untuk lebih mengenali Birmingham.
"Birmingham kaya sejarah, menarik untuk dikunjungi, penganjuran Sukan Komanwel di England semula terutama di sini adalah sesuatu yang baik," katanya kepada Bernama.
Bagi sukarelawan temasya itu, David Dickinson, 64, beliau percaya Sukan Komanwel akan memberi pendedahan kepada masyarakat di seluruh dunia tentang Birmingham yang mempunyai pelbagai keistimewaan, khususnya kepada pelancong.
"Bukan sahaja pusat bandar, dari tempat makan yang menarik, hospitaliti dan keramahan penduduknya, pada saya Birmingham telah menjadi tempat yang hebat untuk diduduki sepanjang temasya.
"Malah temasya ini telah berlangsung dengan sangat baik dari hari pertama lagi, apabila semua acara dianjurkan dengan teratur. Semua pihak terlibat kelihatan gembira dan berpuas hati dapat menganjurkan temasya yang hebat ini," katanya.
Dikenali sebagai 'City of 1000 Trades' (bandar pelbagai perniagaan) Birmingham juga adalah wilayah yang dipenuhi bandar-bandar sibuk dan meriah, kawasan luar bandar yang indah, tempat-tempat pelancongan bertaraf dunia dan pelbagai tarikan mempesona di tengah-tengah UK.
Jika anda ke Birmingham, tidak perlu risau kerana bandar ini mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik dihubungkan oleh kereta api, jalan raya dan laluan air, iaitu pelancong boleh makan angin dari Edgbaston ke Cadbury World, menerokai kawasan industri menerusi jaringan terowong Dudley atau berkayak di laluan air terkenal yang membawa anda ke tarikan terbaru bandar raya itu Roundhouse.
Pencinta makanan pula disajikan banyak pilihan terutama hidangan berkelas dunia, memandangkan terdapat lebih banyak restoran bertaraf Michelin di Birmingham berbanding bandar raya lain di UK, selain London.
Peminat coklat mungkin sudah mengetahui bahawa Birmingham adalah tempat kelahiran coklat terkenal Cadbury, 115 tahun dahulu oleh John Cadbury, yang membuka kedainya di 93 Bull Street di pusat bandar.
Bandar raya ini juga mempunyai banyak khazanah seni dan budaya seperti Shakespeare, persembahan penari terhebat dunia di Birmingham Royal Ballet atau terus sahaja ke Birmingham Museum and Art Gallery.
Dari kedai-kedai di jalan utama dan pusat beli-belahnya yang luas, kepada kedai perseorangan yang unik dan pasar tani, bandar raya ini menawarkan pengalaman beli-belah menarik seperti di Birmingham's Bullring dan Grand Central, Lower Precinct dan Central Six di Coventry, serta Touchwood di Solihull.
Jika anda peminat siri televisyen popular Netflix, Peaky Blinders, Birmingham adalah tempat wajib untuk anda kunjungi untuk menikmati Jelajah Peaky Blinders di sekitar Digbeth iaitu tempat asal siri itu dihasilkan, serta melawat lokasi drama itu dirakamkan di The Black Country Living Museum dan banyak lagi tempat menarik.
-- BERNAMA / Amiril Muttaqien Meketar
Bernama
Tue Aug 09 2022
Bandar raya ini menawarkan pengalaman beli-belah menarik seperti di Birmingham's Bullring dan Grand Central, Lower Precinct dan Central Six di Coventry, serta Touchwood di Solihull. - Unsplash
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Israel bebaskan 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam pertukaran tawanan
Ratusan rakyat Palestin berhimpun di sekitar Ramallah untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan, sambil mengibarkan bendera Palestin.
Operasi pengusiran: Komuniti imigran di AS resah
Pentadbiran Donald Trump mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan sekurang-kurangnya 1,800 penangkapan pendatang tanpa izin setiap hari, menyebabkan komuniti imigran gelisah dan tidak dapat hidup tenang.
Gencatan senjata: Rakyat Palestin bersiap terima rawatan di luar negara
Nariman Shekshek gembira anakanya akan menerima rawatan, namun dia menyuarakan kebimbangan untuk meninggalkan anak-anaknya yang lain.
Mayat, sisa pesawat kecil terhempas berselerakan
Pada masa sama, rakaman video oleh saksi turut menunjukkan mayat serta anggota badan berselerakan di jalan serta dalam rumah berdekatan.
Agensi PBB akan terus beri bantuan kepada Gaza
UNRWA tidak menerima sebarang arahan rasmi daripada pihak berkuasa Israel tentang bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan larangan tersebut.
Barangan runcit dan lembu seludup bernilai lebih RM700,000 dirampas
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM706,750 dalam dua serbuan berasingan.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Pembelian 30 pesawat pejuang jenis F/A-18C D Hornet terpakai dari Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Jawatan presiden, timbalan presiden mungkin tak dipertandingkan
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL
Rooney menegaskan bahawa dia bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pengurus Birmingham dalam misi membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris.
Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham
Bekas kapten England itu menggantikan John Eustace yang dipecat selepas meninggalkan DC United minggu lalu.
Wimbledon: Juara perseorangan lima kali, Venus Williams terima wild card
Williams kembali beraksi dalam acara beregu campuran Isnin lalu dengan menewaskan Camila Giorgi di Rothesay Classic di Birmingham.
E-Sukan Komanwel: Wakil Malaysia sambar dua emas
Wakil Malaysia cemerlang dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel apabila mereka memenangi dua pingat emas pagi tadi.
Sukan Komanwel: Air mata Afiq berderai terlepas pingat
Afiq Ali Hanafiah, tidak dapat mengawal emosinya selepas muncul atlet terakhir melepasi garisan penamat dalam final acara 100 meter T11-12, Sukan Komanwel Birmingham.
Kelompok besar atlet berlepas ke Birmingham 2022 malam ini
Kelompok terbesar kontinjen Malaysia berlepas ke London malam ini bagi menyertai temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Bonnie jangka atlet India, Nigeria pencabar utama di Birmingham
Bonnie menamakan atlet India, Haryana Sudhir dan Rolland Ezuruike dari Nigeria sebagai pencabar utamanya.
Impian Sivasangari ke Sukan Komanwel Birmingham musnah selepas terlibat kemalangan
Impian pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari untuk membawa pulang pingat emas dari Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England musnah apabila terlibat dalam kemalangan.
Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.
Sukan SEA Vietnam: Atlet senior perlu butir emas
Ini kerana atlet elit negara tiada pilihan selain meletakkan pingat emas sebagai jaminan, sejajar dengan polisi MOM, yang mahu menghantar lebih ramai atlet muda ke temasya itu.