KUALA LUMPUR:Darurat boleh diisytiharkan kerana terdapat asas yang menuntut ia dilaksanakan ketika kita berdepan ancaman COVID-19.
Menurut Datuk Dr Ruhanie Ahmad, keselamatan dan kehidupan rakyat serta ekonomi negara terancam ketika penularan COVID-19.
Perkara ini yang memerlukan langkah tuntas dan segera dilaksanakan kerajaan, katanya selaku penganalisis keselamatan.
"Apabila Perdana Menteri isytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, ia menandakan bermulanya kita mengisytiharkan COVID-19 sebagai ancaman kepada nyawa dan ekonomi.
"Jadi, sekiranya Yang di-Pertuan Agong mengisytihar darurat, asasnya sudah ada.
"Asasnya, kerajaan akan melaksanakan satu tindakan untuk tangani wabak secara tersusun, teratur, terus menerus dan hands-on," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Ruhanie turut mengharapkan agar rakyat tidak berasa bimbang akan darurat dalam konteks masa kini.
Ini kerana, katanya, ia sangat berbeza dengan darurat ketika negara berdepan ancaman komunis dan pertelingkahan etnik 1969 lalu yang melibatkan ketenteraan dan senjata, serta mengganggu gugat ketenteraman awam.
"Darurat kali ini mungkin melibatkan kepada pengurusan, iaitu teknokrat, serta pakar, duduk semeja merangka langkah strategik menyelesaikan isu ketidaktentuan ekonomi dan memerangi COVID-19.
"Kita mempunyai sandaran ketika darurat 1969. Proses ini menghasilkan beberapa tindakan dan undang-undang berkesan untuk pastikan ia tidak berulang dan menjamin ekonomi rakyat selepas pelaksanaannya," katanya.
Justeru, beliau mengharapkan sokongan rakyat terhadap proses ini yang akan memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat mahupun ekonomi.
Hafizi Rosli
Sun Oct 25 2020

Ruhanie berharap rakyat tidak berasa bimbang akan darurat dalam konteks masa kini kerana ia sangat berbeza dengan darurat ketika negara berdepan ancaman komunis dan pertelingkahan etnik 1969 lalu. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Presiden Korea Selatan ditahan atas tuduhan hasutan
Yoon menyatakan bahawa dia menyerahkan diri untuk disoal siasat bagi mengelakkan sebarang keganasan.

Tentera Myanmar lanjut darurat 6 bulan lagi
Lanjutan peraturan darurat ini untuk memberi junta lebih masa mengumpulkan data penduduk bagi senarai pemilih.

Tragedi 9/11: Biden lanjutkan status darurat kebangsaan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melanjutkan status darurat kebangsaan berkaitan serangan pengganas pada 11 September 2001 untuk tempoh setahun lagi, lapor Sputnik.

Gunung sampah terbakar di Bandung
Kebakaran gunung sampah di Tapak Pembuangan Akhir Sarimukti di Cipatat, kabupaten Bandung Barat dilaporkan bermula sejak 19 Ogos lalu.

Perintah darurat di British Columbia, Kanada kerana kebakaran hutan
Darurat telah diisytiharkan di wilayah British Columbia Kanada ketika kebakaran hutan yang dahsyat terus melanda wilayah itu pada Jumaat.

Wilayah Kanada isytihar darurat akibat kebakaran hutan
Menurut pihak berkuasa, hampir 25,000 penduduk setempat terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Darurat diisytihar di Sri Lanka
Polis juga telah menggunakan gas pemedih mata ke atas orang ramai yang melakukan tunjuk perasaan anti kerajaan.

Uzbekistan isytihar darurat di wilayah Karakalpakstan
Uzbekistan pada Sabtu mengumumkan darurat selama sebulan di wilayah autonomi Karakalpakstan susulan protes yang sedang berlaku.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Mei 2022.