SHAH ALAM: Sekolah Digital Selangor (SDS), inisiatif pendidikan yang dilancarkan kerajaan negeri melalui Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) serta The Hive Southeast Asia, menyasarkan untuk memupuk 600 bakat pada 2024 bagi meningkatkan landskap kemahiran digital negara.
Sidec, sebuah agensi kerajaan negeri dalam satu kenyataan semalam berkata SDS akan bertindak sebagai perantara atau jambatan pekerjaan dengan melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran AI dan menghubungkan mereka dengan syarikat teknologi terkemuka melalui latihan serta penempatan industri di Selangor.
"Sehingga kini, SDS telah menjalinkan beberapa kerjasama dengan 55 syarikat berkaitan internet dan 50 syarikat dalam rangkaian kerjasama Sidec.
"Sebanyak 105 syarikat rakan kerjasama industri telah menyatakan minat untuk menerima pelajar yang telah menjalani latihan dalam kecerdasan buatan (AI).
"Antara syarikat rakan kerjasama industri yang mempunyai reputasi tinggi ialah Yinson Holdings Bhd, Fusionex Group, EasyStore, Razer Merchant Services dan ClickAsia," katanya.
Sidec menjelaskan SDS telah menubuhkan program latihan AI Nusantara yang direka khusus bagi menangani kekurangan tenaga kerja dalam AI seperti dalam pemasaran digital dan kejuruteraan.
"Pelaksanaan program latihan didasarkan kepada tiga elemen utama iaitu latihan serta penempatan pelajar tahun akhir, pengkhususan kurikulum termasuk integrasi industri dan menyediakan rakyat Malaysia dengan kepakaran dalam bidang AI serta pembelajaran mesin.
"Kohort pertama program itu telah meraih kejayaan dengan peningkatan kemahiran 31 pelajar dari Universiti Selangor di Bestari Jaya," katanya lagi.
Sidec berkata pelajar Universiti Selangor telah menamatkan latihan intensif dalam analisis data dan pembelajaran mesin, memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran dalam ekonomi digital semasa.
"Kini, mereka telah memperoleh penempatan dalam program latihan di syarikat terkemuka seperti QMed Asia, Borong, Xhinobi Studios, Mindhive serta Moovby, meletakkan mereka di laluan yang menjanjikan ke arah kerjaya dinamik dalam teknologi dan inovasi," kata Sidec .
Sidec berkata SDS telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan YTL Power International Bhd untuk membangunkan program pendidikan serta latihan yang meluas yang khusus bertujuan memajukan kemahiran dan pengetahuan dalam AI serta pembangunan mampan.
"MoU ini direka secara strategik bagi memacu evolusi amalan industri dan dengan ketara meningkatkan kepakaran profesional dalam bidang penting ini.
"Perkongsian itu akan memanfaatkan ekosistem infrastruktur AI yang sedang dibina YTL selain bertujuan memacu inovasi, meningkatkan pekerjaan dan daya saing di Malaysia," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Beberapa syarikat terkemuka seperti QMed Asia, Borong, Xhinobi Studios, Mindhive dan Moovby setuju menerima pelajar Universiti Selangor bagi penempatan dalam program latihan ke arah kerjaya dinamik dalam teknologi dan inovasi. - Facebook Sidec
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
Sekolah Digital Selangor sasar pupuk 600 bakat digital pada 2024
SDS akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknologi AI dan menghubungkan mereka dengan syarikat terkemuka melalui penempatan industri.
Selangor rancang bangunkan tenaga kerja sifar bersih menerusi SDS
Ia akan membolehkan negeri mencapai keneutralan karbon dan mempercepat penerapan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus.